Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...
Showing posts with label Rungutan dan Bebelan Si Bebey. Show all posts
Showing posts with label Rungutan dan Bebelan Si Bebey. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

Kembali lagi

Alhamdulilah blog ni kembali kepada asalnya..berterabur habis widget2 aku n teksnya..dan terpaksa la aku meremove segala mak nenek dan moyang yang mengganggu kelancaran blog ini..haha..lepas ni takleh la tengok gambar aku berposing2 kat tepi side bar.menyemak je kan..terima kasih to tarmizi shukri yang aku terpaksa meminta advice nya memandangkan beliau adalah sifu bidang2 teknologi tinggi ni..haha..alhamdulilah..tak payah susah2 buat blog lain..malas woo start from zero to hero...haha...

Thursday, February 17, 2011

Oooooo Baru 1

Hai Assalamualaikum semua..nampaknya lama sudah saya tak menghupdatekan blog ini...baru 1 je post untuk tahun ini..agaknye kesibukan bekerja menyebabkan mood nak berblog agak kureng...main copy paste orait x?? mcm dedolu..

haha..haa?? ape?? keje katner??ooo..belum jd cikgu lagi..baru pergi interview & ujian insak 10 Februari yang lepas...keputusannya dijangka dalam bulan 4...diorg ckp...sementara tu, keje kerani je kat The Store..boleh la dari duduk umah membela badan kannn...kan...

Nanti bebila kite kongsi link2 yang best yer...boring plak duk bukak FB je..apa kata kita tambah pengetahuan skit...

Antara link yang hari2 saya bukak :

1. Forum cari.com.my 2. Kosmo 3. Harian Metro

dahhhh...dahh itu je...intenet mcm siput..mana leh bukak banyak2..hehehe...korang mcm ne..kalo ade link best2...bgtau le...leh kongsi kong si kong sini......sharing is caring maaa...

P/s : Rakyat Malaysia dikatakan kurang membaca kurang dari 3 buah buku..tapi mcm mana pula kalau membaca blog, website dan lain2 lagi..tak campur lagi ngan buku resipi, detective conan, wanita dll..hoho...banyak tuuu...

Wednesday, May 5, 2010

Komen kawan aku kat FB..

Kawan saya letak gamba saya kat album dia..captionnya dia letak ni ------>

"iza@ ija@ bebey....klu p shoping ngn dia kena cpt....dia suka ajak balik..haha"

Ni pulak komen2 seterusnya..

Added 03 March · ·
Rohiexa Wahab
Rohiexa Wahab
asal letak gamba aku ni..
04 March at 13:19 ·
Rohiexa Wahab
Rohiexa Wahab
zaman muda2 dlu..hikhik
04 March at 13:19 ·
Ayyu Ixora Yusoff
Ayyu Ixora Yusoff
kenangann AT18 dr zmn muda ke zaman tua skrg...
04 March at 14:00 · Report
Rohiexa Wahab
Rohiexa Wahab
jahat korg kutuk aku...tau la aku xsuka soping..nk wat cemana..jahattttt
04 March at 18:37 ·
Deenaz Awin
Deenaz Awin
hahahaha...nk tmpang skaki..gelakkn bebey...
04 March at 20:37 · Report
Ayyu Ixora Yusoff
Ayyu Ixora Yusoff
haha...bkn kutuk la bebey...ini pujian sbnrnya..kitorg leh practis kuar ngn husband nnt..(coz husbnd pasti cmtu)..kan awin kan...
04 March at 23:12 · Report
Rohiexa Wahab
Rohiexa Wahab
nanti husband aku cemana lak eh..
05 March at 01:39 ·
Ayyu Ixora Yusoff
Ayyu Ixora Yusoff
lau ang cm gini..pasti husband ang lgsg xsuka kuar umah....(guna teori capikah)
05 March at 02:41 · Report
Radmawani Ramli
Radmawani Ramli
hahahaha...tolong gelak...
05 March at 08:04 · Report
Deenaz Awin
Deenaz Awin
bkan ayu...awin rsa hsband bebey nti msti yg ska shpping, bebey lak tnggu dlm keta...trbalik daaaa..hahaha
05 March at 14:36 · Report
Rohiexa Wahab
Rohiexa Wahab
huhu...takpe...shoping2 duit die..duit aku duit aku..haha
05 March at 18:48 ·
Fazu Din
Fazu Din
dulu cita2 nk jd cikgu spnuh masa,tp skrg jd camerawoman kt kolej
09 March at 15:37 · Report
Rohiexa Wahab
Rohiexa Wahab
amboi..perli ker kamal..duk diam2 boleh x..
09 March at 15:48 ·
Ayyu Ixora Yusoff
Ayyu Ixora Yusoff
kamal tgh medefinisikan kawan2 dia...haha....
10 March at 23:16 · Report
Fazu Din
Fazu Din
kaml nk bg nasihat je kt cikgu2 muda nie...prjalanan masih jauh....
11 March at 19:44 · Report
Ayyu Ixora Yusoff
Ayyu Ixora Yusoff
hooo mksdnya kamal ni cikgu dh tua la ek...huk3x....(batuk tua)
11 March at 19:50 · Report
Fazu Din
Fazu Din
i keje kt e&y,wat auditing...
11 March at 20:03 · Report
Rohiexa Wahab
Rohiexa Wahab
pigi dahh...bg alamat n no phone opis..i nak mintak sponsor program kolej i kat situ
11 March at 20:05 ·
Ayyu Ixora Yusoff
Ayyu Ixora Yusoff
e&y sykt ape tu u?
12 March at 11:32 · Report
Fazu Din
Fazu Din
earns and young...
14 March at 08:37 · Report

3 tahun setengah kita dah kenal...Korang memang pandailaaahhhhh......Ngeh3

Tuesday, May 4, 2010

Kerana Sebatang Gigi...


Assalamualaikum..

Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tetap kenyang..
Kerana sebatang gigi....

Kerana sebatang gigi..mungkin aku dianggap bisu..ataupun sengau..(HAHA)

Takde mende pon..tadi lepas cabut gigi kat klinik, kene gigit kapas sampai kembung muka..mana la nak leh bercakap..bercakap pon bukan orang paham..Saya pon pegi la merantau kejap ke pekan..nak cucuk duit yang tinggal berapa sen je kat bank *)$%..Tiba2 nak balik xleh start moto saya (sebenarnya moto pinjam)..Dahla datang sorang2..sapa pulak la saya nak suruh start..Tiba2 nampak dak laki elok je lepak depan bank lagi satu ^%$&*..Dengan muka kesian, saya pon mintak tolong beliau dengan menggunakan bahasa isyarat (rasanya org belajar pendidikan khas pon tak paham)...alahai nasibla die paham saya suruh start moto...Maka bole la start la moto itu, saya pon say thank you2, arigato segala (tatau la die paham ke tak)..HAHA..Nasib la, lepas ni bukan nak jumpa dia lagi pon..

P/s : Start sakit gigi dah lama...sejak raya tahun lepas dia menendang2 gusi nak keluar (macam baby lak), tapi sakit yang membawa ke cabut gigi ni start semalam..Maka tamatla riwayat kesan degil..eh..riwayat gigi comel saya itu..Bye2 Sayonara...Pesanan penaja..Sakit gigi ada dua pilihan..1..tampal..2..cabut(kalo dah rosak)..jangan simpan2..badan yg sakit...Betul ni..tak tipu..

Comel kan gigi ni..

Thursday, April 29, 2010

Tajuk Entri : Macam2 Ada....

Assalamualaikummm...

Exam dah habis.Ramai dah packing barang dan ramai pula dah selamat tiba di kampung halaman. Ada lagi pula yang masih tinggal beberapa paper di mingu depan. Meneruskan sisa perjuangan dengan perasaan jeles di hati (hehe). Berakhirnya exam kali ini, bermakna berakhirla exam bagi kami pelajar sem 7 untuk sepanjang berada di UPSI tercinta ini. Bukan nak kata puas hati, tapi legalah sikit sebab lepas ni kena pulak berhadapan kerenah dengan dunia luar. Lain tau perasaannya.

Walaupun exam dah habis,tidak bermakna saya dapat bersenang lenang, berlenggang kangkung pulang ke Taiping terus. Saya masih ada misi yang tertinggal di Tanjung Malim ni. Biasalah misi nak melatih Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) yang baru. Saya kan mantan. Keke. Bermula misi Melagang Puncak 9-11 Mei 2010. Lepas tu 26-30 Mei 2010 pula ada Kursus Timbangtara JMK lama untuk JMK baru. Lepas tu Penjelajahan Bakti ke Jakarta mungkin 9 - 14hb Jun 2010. Walawehh...macamne ni. Kenduri kawen sepupu pula 12hb Jun 2010. Kene buat pilihan ni. Kalau salah satu tukar tarikh boleh x? Tak suka la buat pilihan.(Oh..dia dah call tadi, suruh aku jadi pengapit? OHHHHHH..TIDAKKKKKKKKKKKKK.....

Lepas tu bolehla releks menanti waktu nak ROS + praktikum. ROS start 21 Jun 2010 sampai 2 Julai 2010, lepas tu praktikum dari 5 Julai 2010 sampai la 15 Oktober 2010. Oh, lupa pulak, masalah praktikum belum selesai lagi pun, dari taklimat praktikum sampai la ke tempat praktikum belum lagi confirm. Dengan lain kata, kami ni di awangan. Kalau OK takde masalah, kalau kene tukar sekolah, kena cari sekolah, cari rumah dan paling penting cari duit. Hihi..

OK...Adioss...Wassalam

Sunday, April 4, 2010

Sabar..Sabar...Sabar

Assalamualaikum...kuliah dah habis..exam nak dekat..final pula menjelang tiba.. Saya nak ucapkan selamat berjaya la kepada semua pelajar2 tak kira la kat UPSI ke kat U-U lain ke.. Istimewa sekali kepada pelajar UPSI Semester 7 dan AT18 yang akan menghadapi peperiksaan terakhir sebelum memijak kaki ke latihan dalam pekerjaan sebenar (praktikal)..

Semalam Gabungan REXCO KHAR telah mengadakan majlis Malam Sinar KHAR, tujuan utama program itu diadakan untuk menghargai REXC2 KHAR yang banyak membantu JMK KHAR dalam mengendalikan program. Selain itu, program ini juga (MSK) menghargai pencapaian-pencapaian penghuni nya tidak kira samaada dalam akademik, sukan mahupun kokurikulum.. MSK ini dikendali sepenuhnya oleh Gabungan REXCO2 KHAR. Saya dapat lihat perjalanan MSK agak tersusun walaupun ada kesilapan2 kecil yang boleh diperbaiki dikemudian hari. Contohnya, pihak teknikal, dan protokol kurang saling merujuk, selain itu kesilapan kecil dalam ucapan MC boleh dikurangkan dengan latihan yang berterusan. Begitu juga pihak media (saya menitikberatkan media kerana saya memegang portfolio ini), pihak media sebenarnya perlu selalu merujuk kepada penyelaras@penasihat dan yang paling penting MT supaya tidak berlaku kontroversi, kecil hati berlaku. Saya menyedarinya yang segelintir pihak tidak berpuashati dengan tayangan montage dan saya tidak tahu samaada orang lain menyedarinya atau tidak.

Tutup cerita pasal MSK itu, saya nak menyentuh pulak aspek KEBERSIHAN dalam kehidupan. Saya selalu mendengar Kesucian @ Kebersihan dituntut ISLAM (rasanya agama lain pun begitu juga), tetapi saya kira ramai orang yang tidak mementingkannya, Jika anda mahu bersih dan selesa, kenapa tidak anda yang mulakan dulu. Adakah anda berharap orang lain yang menjaga kebersihan bagi pihak anda (dengan kata lain jadi kuli anda)? Kalau begitu anda memang sesuai untuk mengupah orang gaji kelak..Sekemas mana penampilan anda, secantik mana wajah anda (pandai melawa), dan setinggi mana darjat anda sorry to say saya tak akan menghormati anda sekiranya anda seorang pengotor..Penampilan memang wajar kemas, cantik, tapi tolonglah aplikasikannya sentiasa, ditempat awam, dirumah, tempat kuliah (kesian makcik cleaner). Ini tidak, bak kata orang "Rupa je cantik, tapi pengotor"..Itu yang selalu saya lalui dan sebelum ini saya selalu berpengalaman dengan orang cantik ni dan kesimpulan yang saya dapat buat, ORANG CANTIK SELALUNYA PENGOTOR!...Betul @ tidak? Anda fikirkan sendiri..

SAYA TIDAK SUKA SOALAN BODOH
Saya tidak suka soalan bodoh seperti "Ko rasa aku gemuk x?", "ko rasa aku cantik x?", "eh, mcm ne ni, nak pergi ****** ke *******" dan banyak lagi la..Hello kawan, kalau anda rasa gemuk, dietlah (saya bukan jenis yang diet) dan saya yang sememangnya malas melayan hanya menjawab "tah", Apabila saya menjawab tah, itu tandanya saya mmg malas nak melayan..Tolonglah bagi soalan yang menjana minda saya sikit contohnya siapa perdana menteri Zimbabwe ke tahun berapa Papua New Guinea merdeka ke, ini tak suka tanya soalan merepek2..Pikir la secara logik akal (kalau ada la), jangan tanya soalan yang ada jawapan dekat orang..(saya tahu anda suka bercerita). Lagi satu, saya pelik kenapa di Facebook ramai la pula menjadikan status mereka sebagai satu keluhan "aku kecewa bak kaca yang terhempas", "hatiku hatimu menjadi satu" contoh je ya! cuba la letak status ayat2 terjemahan al-quran ke quotes orang2 terkenal mcm sahabat2 ke (bukan artis ya!)..dapat jugak saya satu info baru..Aduilaa...takpe laa..asalkan mereka bahagia...Lagi satu pelik gak, sekejap single, sekejap married (waduh2...) kalau belum kawin jangan la letak married nanti orang silap sangka dah menikah plak, tapi xjemput :p pastu kembali ke single lak (dah orang kata menjanda pulak) letak je in a relationship..payah sangat kan kan...

OK lah, lain kali kita berjumpa lagi...wassalam...


Monday, March 22, 2010

Suratan atau Kebetulan..Pi Mai Pi Mai Tang Tu..

Tadi saya sebelum meeting program KHAR, saya bertemu dengan kawan saya si R, kenal melalui Facebook (FB), dia kawan secara maya lah kiranya, baru hari ni bertemu. Dia juga abang kepada kawanku semasa di sekolah menengah dulu. Saya taktau dia tunggu saya berapa lama sebab saya janji nak jumpa dalam 930, tapi menjelang 9.45 baru saya turun.

Turun-turun saya nampak dia dah..tetiba nampak plak seseorang yang macam saya kenal..Oh..cik Amin rupenyer...ehh...eh.....cik Amin staf KHAR...eh..die kenal la saya macam tu..saya kan JMK 'kesayangan' KHAR..huahuahu...rupa2nya, cik Amin housemate kawan saya, si R tadi..Lepas tu kami borak2 sambil makan di Green C..dan saya juga menjemput rakan seJMK saya Azmil yang juga kawan si R tadi..Azmil juga nampaknya terkujat dengan kehadiran kawan saya si R tadi..

Naik ke atas bilik, saya pun ceritakan cerita tadi kat rumet saya, rumet saya pula cakap tadi dia terserempak dengan cik Amin kat bawah juga tadi sebelum rumet saya tadi nak ke kampus, Kebetulan Cik Amin elok je mendarat menempek kat motor rumet saya. Borak2lah rumet saya dengan Cik Amin tanya buat apa kat situ, kata Cik Amin dia menunggu kawan katenyer..Rumet saya pun ade nampak gak kawan saya si R tadi..

Barulah rumet saya tau yg bersama2 Cik Amin tadi tu rupenyer kawan saya dan sedang menunggu sayalah tu di bawah tadi..Hehe..

P/s : Bestkan kebetulan..Kebetulan plak esok saya ade presentation, dan kebetulan saya masih tak tidur, adoiiiiiii..gi mana sihhhh...BYE!


Tuesday, January 5, 2010

Tahun Baru, Perkakasan Pun Baru

Assalamualaikum...Salam Tahun Baru walaupun agak terlewat.Tahun Baru tahun ini mencatatkan dugaan yang ku kira agak meruntun jiwaku ini. Dua benda kesayangan dalam hidup aku rosak.. Pertama Mataku (Cermin mataku) dan kedua charger bateri laptopku. Aku jarang kerosakan barang peribadi kepunyaanku. Kalau rosak pun memang dah sangat uzur keadaannya. Seperti mataku dah aku gunakan dah dekat dua tahun, frameless pulak tu. Nasib ekau lah mata. Dan charger bater laptopku pulak rosaknya di wayar yang menghubungkan charger dengan laptop...wayarnya putus..siap ade karen bila pasang..hikhik...Runsing aku kerosakan kedua2nya serentak.. Mana nak cekau duit...Huhuahuahu..Cabaran betul. Tidak mengapalah. Apa maknanya kehidupan tanpa cabaran. Kan kan...Insyaallah esok charger beteriku dapat pengganti. Bye-Bye Charger bermasalah..

Friday, December 18, 2009

Kenapa aku jarang letak kisah hidup dalam blog aku??

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah (masih belum terlewat kan)dan Salam Satu Malaysia (sekadar mengikut)..

Mungkin pengunjung atau lebih tepat lagi teman2 yang terjumpa secara tak langsung blog saya yg tak seberapa ini mungkin menyedari bahawa blog ini amat jarang sekali saya titipkan dengan luahan rasa atau pendapat saya atau liku2 kehidupan saya selama ini..sebenarnya ada beberapa perkara yang menyebabkan saya seorang pemalas nak menaip benda2 begitu.. salah satunya saya tiada cerita menarik untuk saya ceritakan @ saya dah lupakan cerita menarik tersebut kerana tidak sempat (malas menaip sebenarnya), lagi pula saya tidak pandai berkarang2 atau menyusun ayat..sebab itu bila saya membuat ayat untuk poster, tinta, flyer (saya merupakan exco penerbitan & informasi KHAR, UPSI), saya sering merujuk rakan2 kursus BM di sini.. Agaknya karangan saya tersebut kalau diberi markah hanya perolehi C- atau kalau ok sedikit pun mungkin B+..haha

sebenarnya saya ada banyak yang nak saya ceritakan disini..sebab sebenarnya saya sebenarnya tidak suka berkongsi cerita dengan org lain melalui bicara (skil komunikasi saya amat teruk). sy juga sedar memori manusia entah boleh entah tidak, mungkin dapat menampung kenangan2 bertera2 byte yang boleh kita compresskan dalam bentuk bertulis@bertaip..sori sy mencampur adukkan perkataan (kan saya kata saya teruk menulis)agaknya saya perlu menulis dalam point form kot, mudah untuk disemak kalau bagi guru atau pensyarah..bagaimanalah saya nanti kalau diminta mengajar subjek BM..emm...

ok la setakat ini la saya membebel..saya selalu membebel dalam facebook..senang2 dtgla menziarah...ok..wassalamm

Friday, August 28, 2009

Hari ini dalam Sejarah...

Hari ini aku tak signifikan akibat daripada masalah autokorelasi, heterokedastisiti dan multikolineariti kerana pembolehubah bebas aku hilang.. - aku seorang pembolehubah bersandar...28/08/09

Monday, June 22, 2009

Gigi & Gusi..

Gigi & gusi...
kau ibarat romeo & juliet
juga mumtaz & shah jahan
seperti juga laila & majnun
Andai sebahagian sengsara,
begitu la sebahagian yang lagi..

Gusi oh gusi..
Jika engkau sakit..
Gigi turut akan merasa..
Lemah seluruh badan...
Bagaikan pemuda patah hati..
Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur pun tak lena...

Gigi oh Gigi...
Jika engkau sakit pun begitu juga..
Lemah seluruh sendi-sendiku..
Mahu bekerja pun tak sekuat dulu..
Ke kiri ke kanan tak senang hati...

Gigi & Gusi
Ketahuilah kamu
Dua padanan yang berbeza fungsi..
Satu menyokong penghadamanmu..
Satu lagi menyokong fungsi tersebut..
Andai satu lemah...
Satu lagi terasa kesannya..

Oleh itu,
Majulah gusi untuk gigi...
Hehe..

p/s : Adaptasi dari kisah benar penulis...

Tuesday, April 14, 2009

Hebatke anda?

Hebatkah seseorang itu kalo ade kekasih? ade rupe? ada duit? tapi kehidupan hanya dengan buku, org p kuliah die pegi, org balik kuliah die balik, org buat asg n hantar, die pun buat n hantar? Selain dari itu, xde lain.. Hidup mcm xde maknanya..tak reti bergaul dgn org..tp bila cakap..ya ampunnn..mcm la die hebat sgt..ckp mcmla pandai sgt (tp xdekan pun, walaupun dekan aku xpuji punya)..pastu ckpla boring...heh..kalo awk tu aktif, bermasyarakat, xde istilah boring hidup di U rasanye...cube tgk MPP, JMK dan lain2..takde mase nak boring2...hee...plezz laa...rugi idup 4 tahun kat U kalo skdr "menumpang " je....

p/s : malas nak bercakap dgn org yg akhirnya menyakitkan hati je.nak kondemn org je padahal xsedar diri..mcm die perfect sgt..plzzz laa..ini org pun ada ka?

Tuesday, April 7, 2009

Antara Tanggungjawab, Tugas & Harapan..

Assignment dah hampir habis (walaupun masih ade presentation)...Exam dah dekat....Kotak2 org lain sume pakat beli..(aku belum beli lagi)...Namun....Hatiku di kampungg...Gelisah...Makan Tak lalu, tidur xlena, makan masih kenyang....huhu...

Thursday, April 2, 2009

Wednesday, March 25, 2009

Ujian Pasang and Install PC

Hari ini dalam sejarah..berjaya memasang PC sendiri..nasib baik amik paper sistem komputer..kalau tak..sampai bebila tak reti pasang komputer...nak suruh orang ajar..takde orang nak ajarkan..kalau ade kesempatan, nanti saya masukkan cara2 pasang PC and install sekali Vista.. K. Bye2

Monday, January 12, 2009

Perlukan Perubahan...

Kelihatan nya sedikit membosankan.. Ya betul..Saya merasakan blog ini perlukan penambahbaikan.. Tunggu sedikit masa saya akan menghiasi blog ini dengan isi2 dan environment yg lebih ceria lagi..Kesuntukan masa dan kesibukan dengan tugas-tugas sama ada tugas sebagai pelajar dan rexco media sedikit sebanyak menyebabkan saya terabaikan blog ini.. Saya sedikit cemburu dengan blog Exco saya saudara Izzat yang sentiasa diupdate sentiasa dan nampak menarik..Tidak mengapa..saya akan belajar memperkemaskan lagi blog saya supaya setanding blog beliau.....Sekian sahaja rungutan saya untuk hari ini..Berjumpa lagi..Daaa...

Thursday, November 13, 2008

Keserabutan Di Tengah2 Kekalutan

Salam semua..lama sudah saya tak menguddet cerita di sini..biasalah seorang student, masanya sering dihabiskan dengan hobi utama iaitu menyiapkan assignment dan kadang2 kalo free sgt, teringin pulak untuk exam..hasilnya hari ini saya telah berjaya melepas 4 halangan out of 7..tinggal lagi 3..3 paper tu plak paper killer, major n minor saya..huhu..serba salah rasanya..umpama di sana menanti di sini menunggu. bayangkan 19hb petang saya menghadapi exam database, kemudian pagi esoknya 20hb saya exam plak mikroekonomi pertengahan dan seterusnya ptg nya pulak saya akan memerah otak menggoreng untuk paper HCI..human computer interaction..dapat bayangkan betapa rojaknya kepala saya..rambut saya menjadi mangsa dikala saya tengah stadi..ku cabut satu demi satu kerana itu salah satu cara mengrelease kan tensen (hahaha)...tapi xper.20hb malam, saya akan merdeka..dan seterusnya tumpuan saya ke arah penyiapan tugas Biro Penerbitan & Informasi Kolej Harun Aminurrashid dalam aktiviti baktisiswa ke Pulau Pangkor..Sabar ye Luqman & Izzat, akak mu ini akan tolong sedaya upaya..hikhik.. :)

Saturday, October 11, 2008

Seriously, I'm Happy Too..

Mendengar cerita kawan2 a.k.a senior at18 (ekonomi) semua nya dah dapat posting, aku tersenyum sendirian..alangkah bahagianya aku kalau di tempat mereka..seronok mendengar..kalau kalian kenal khairi khalid yg lebih dikenali sbg K.e, timie..k.e dapat posting di selangor (dia orang pahang) manakala timie orang johor dan dapat posting juga di johor.tahniah diucapkan. selain itu ada juga yg dapat sabah & sarawak..tahniah sekali lagi diucapkan.semoga cita2 anda termakbul dalam mendidik anak bangsa menjadi cemerlang, gemilang & terbilang.. apa pun saya masih mempunyai masa mengharungi suka duka dunia seorang pelajar u selama lebih kurang 2tahun.doakan saya berjaya.sekian..wassalam

Tuesday, October 7, 2008

Salam Sejahtera Ke Atas Kamu Semua......

Hai..selamat datang ke blog baru saya buat ni..sebelum ni pernah buat blog..bile dah lama xbukak, secara automatik terlupa lak plak password nye..ni la masalahnya kalo wat emel akaun on the spot..tarak pikir2 dah..hehe..xpe2..emel ni saya dah catat dlm buku..kalo lupa lagi tatau laa..lepas ni nak saya akan masukkan news menarik..gambar best..benda yang saya pikirkan pelik dan menarik ke dalam blog ni..selamat menunggu......