Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...
Showing posts with label SMK SONG. Show all posts
Showing posts with label SMK SONG. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

New Life @ Song Part 3

New Life @ Song Part 3
Salam dan selamat membaca..cewahh..macam ramai je membaca. First of all, nak ucapkan terima kasih la sebab selalu view blog ini walaupun dah berbulan tak update (actually baru 2 bln kot)..hehe..almaklumle.. kesibukan melanda nak-nak di akhir-akhir musim persekolahan ni.

Sekitar Oktober
Macam-macam kerja daripada menyiapkan kertas peperiksaan pelajar, riso, tanda, kasi markah (tanda ni makan masa skit..biasalah..kalau jawapan pelajar ‘macam-macam’ boleh tertidur cikgu dibuatnye. Dah dapat markah kene bagi kepada guru tingkatan pula untuk di key in dalam data smpp (data sekolah – unit exam). Masa ni la kene tunggu cikgu lain kasi markah, kalau cikgu lain lambat kasi markah, kita le kene push @ cari sendiri guru tu. Haa.. dah kasi markah ke unit exam, kene isi buku laporan prestasi murid pula dan kad 001.. Haaa..banyak kan keje guru tingkatan, belum kire lagi tanda kehadiran, intai2 setiap kali lalu tengok bersih ke tak (kalo tak, cikgu kelas jugak kene), buat laporan ponteng dan macam2 lagi laa..
Oh lupa plak.. sebagai guru baharu yang baharu posting sekitar kawasan kapit ni interview SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) kami diadakan pada 13 Oktober 2011 di Kapit. Alhamdulillah, disebalik kesempitan dan kesibukan yang melanda, dapat menghadirkan diri bersama rakan seperjuangan dari SMK SONG, Adan dan Anderias ke Kapit. Penghargaan la buat mereka sebab sudi temankan saya masa pergi dan bali (takut woo pergi sorang2)..hehe. Alhamdullilah yang tidak terhingga kerana dapat menjalani situasi paling mendebarkan sebagai guru baharu iaitu diinterview oleh SPP. Nasib menyebelahi dapat penemuduga yang sporting, tidak garang, bertanya dan mengulas kembali jawapan yang diberi seolah2 kami menghadiri kuliah beliau. Banyak sangat ilmu yang kami pelajari dari beliau yang kami belum pernah dapati sebelum ini (kurang kesedaran agaknya)


Sekitar November
Lagi beberapa minggu nak cuti, macam2 la program yang nak dijalankan bagi memenuhi aktiviti persekolahan.. Ye la..kalau belajar, conform ramai yang tak belajar@tak datang dengan alasan peperiksaan dah habis. Antara aktiviti yang dijalankan seperti sukan tahunan SMK Song dijalankan di stadium SONG pada hari Khamis 3 November dengan penglibatan pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam SPM dan STPM dengan kata lainnya Tingkatan 1,2,4,6 bawah wajib le pergi.. Bagi guru (termasuk la saya) dan pelajar yang terlibat dengan peperiksaan awam adalah tidak wajib pergi.
Keesokan harinya, seperti dijangka hampir separuh kelas yang saya mengajar tidak hadir, kalau hadir pon cedera parah seperti baru balik dari berperang. Terhincut2 jalan. Takpe la saya bagi pelepasan, ajak mereka bersembang2.. Nasib baik tak ramai, tidak mengganggu kelas lain.
Selepas itu, aktiviti seterusnya adalah Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK SONG dan Majlis Makan Malam untuk Staf SMK SONG. Bagi anugerah untuk pelajar ini saya memegang tugas sebagai AJK Makanan bersama dengan Kak Hamizah dan beberapa orang lagi guru. Alhamdulilah program ini berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Penat berhempas pulas dengan majlis anugerah, petangnya kami guru muslim bertungkus lumus, memasak sendiri juadah makan malam kami diketuai oleh Ustaz Alias sebagai Chier Chef dan dibantu chef2 handalan terkemuka dunia. Juadah yang kami sediakan seperti ketam bersos, ayam percik, daging bakar + air asam, kailan ikan masin, buah2an, sotong dan udang goreng tepung, puding karamel, siakap 3 rasa dan tomyam. Hasilnya amat memuaskan hati dan mengenyangkan perut walaupun penat seharian bergotong royong di sekolah dari pagi sampai ke petang. Walaubagaimanapun, terbit juga kesedihan dalam dinner tersebut apabila diumumkan 4 orang guru dari semenanjung berjaya dalam permohonan pertukaran ke semenanjung iaitu Fazli, Din, Nik dan satu2 nya housemate Melayu saya Seri Sulastery. Kurangla seorang guru wanita Melayu Semenanjung di Song, Selepas ini tinggallah saya, Sunita dan Kak Hamizah sebagai 3 dara pingitan Semenanjung di Song. Tapi takpe. Yati dan Shikin ada menemani kami di sini di samping jejaka hot dan terhangat di pasaran. Hihi.


12 November
Tanggal 11 Nov, saya bersama dengan Shikin dan Rebecca melarikan diri dari Song, tak sabar nak balik sangat nampaknya. Haha. Pukul 12 lebih kami dah menaiki bot ekspress memandangkan shikin akan naik flight petang jam 6. jadi saya pun tidak segan silu untuk mengikut mereka. Selepas shikin berlepas naik flight, tinggallah saya seorang2 di Plaza Inn (seronok jugak lepas sorang2, mcm nak gila..hihi) sementara menunggu flight saya keesokkan hari nya. Tepat jam 12 dah tercongok di airport. Kesian airport boring tengok saya. Seperti yang dijadualkan, flight saya terbang tepat jam 2.20 (nasibla kalau delay, teringin jugak nak mengamuk tempat orang ni).. Sampai di LCCT tepat jam 405 petang sempat la saya solat jap n jumpa orang kampung, Kadir jap kemudian naik bas pukul 6petang dan sampai Ipoh pukul 9 lebih malam. Macam nak gila penat. Tapi punya seronok sampai semenanjung tak hirau dah.. Nampak makan, makan macam xmakan berbulan. 
Kesian..Somalia sungguh. Biasa la ..duduk oversea. Hihi.

Sekarang?
Setakat ni tak jalan-jalan mana sangat kecuali pasar raya dekat rumah, esok mungkin nak menjengah sekejap kawan di The Store. Sudah lama tak berjumpa rindu rasanya. Kemudian, minggu depan 24hb akan bertolak ke kl (menetap sementara bersama dengan Radma), rumah ayu at18 25hb (sebenornye 26hb, memandai je aku forward tarikh, takpe tuan badan kata takpe), 26hb bertolak ke Kelantan dengan Kak Hamizah menghadiri Kenduri Sunita, pemandu pelancong? Suhaimi ade. Rakan sekerja di Song jugak. Nasib baik ada penempatan sementara di Kelate. TQ Mie. Pastu, mungkin akan melepak seketika dengan Radma pula di Pasir Putih, boleh kot menghadiri kenduri Azwa, Insyaallah jika dipanjangkan langkah. Teringin benor nak jalan sekitar Kelate. Mungkin bertolak balik 30hb dan turun Tanjong Malim, Insyaallah. Doakan.. Nak kutip barang kiriman daripada Anisah JMK yang ke Vietnam dengan adik JMK2 yang lain.

Disember?
Next time saya tambah. Banyak kot. Kenduri. Nak pergi pangkor. Kenduri. Takpe. 31hb baru balik Sarawak. Hehe. See u all.

Saturday, August 6, 2011

New Life @ SMK Song..Part2

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua..dah 7 Ramadhan dah..7 hari dalam bulan Ogos juga dah berlalu..maksudnya..aku dah berada di sini dah lebih kurang sebulan lebih dah..Masih dalam proses menyesuaikan diri..Standard la..Bukan senang nak menyesuaikan diri dengan persekitaran, budaya, makanan di tempat orang..OBERSEA lagi..hehe..okla..jom saksikan gambar yang sempat aku snap dengan kamera henpon cap ayam aku..hehe


Dekat sini susah nak kedai makanan muslim..ada pun dekat pekan ada 1..pastu kantin sekolah aku ni..tapi masakan dia xsesedap masakan aku..so aku selalunya masaklah sendiri..puas hati..kenyang pun kenyang..eheh..bahan2 beli kat pasar pon kene hati2.. takut ade Bab 1..hehe


Sunday, July 17, 2011

New Life @ SMK Song..

Do you know Song? No no no..Its not sing a song, but the place somewhere in Sarawak..(berterabur English aku..hehe)...Tau tak? ok.. ini intro nye..dapat dari en. wikipedia..kalau salah, salahkan dia..haha

Song ni dalam kawasan pekan Song la ya..Daerah nya daerah Kapit..Bandar yang berdekatan hanya 2 jam je..menaiki bot ekspres..ala bot macam kita naik g Langkawi tu..tapi kecik skit laa..Untuk pengetahuan semua..nampak je Song ni macam pekan kecik.pekan koboi gitu..tapi semua kemudahan lengkap kecuali takde bas keluar daerah ni je la..sebab tempat ni di kelilingi sungai..Jadi mau tak mau, terpaksa naik bot untuk ke bandar Sibu atau ke Kapit..Ni website diahttp://www.songdo.sarawak.gov.my/..canggih juga tempat ni.. Walaupun bukan kategori pedalaman, tapi dikira sebagai luar bandar la..tapi masih juga dikira okla..ade wireless (kuaters tempat aku duduk ni..tempat lain aku tatau..tapi ade Kg Wifi la rasanya sebab pernah tgk connection wireless tu ada..and lagi satu buleh 3G lagi..malangnya henpon aku takla secanggih korang so takleh ber3G bagai..ber1G pon takde..haha


Aku? Naik ni? Nehiiiii...Tidakkkk


Haaa...Ni baru betull..Hehe

Ok seterusnya mari berkenalan dengan tempat aku mengajar (aku assume korang tau aku first posting dapat sini) SMK Song..SMKS jugak..dulu praktikal SMKS (Selinsing)..Haha..Sebaik sahaja aku mengetahui tempat aku bakal mengajar ni..aku dapat lagi 2 orang collagues..sorang orang Sarawak (Miri), Anderias dan sorang lagi orang semenanjung (Akhdan)..jadinya, aku sorang je la perempuan..no geng2 at first..tergagau jugak la tanya orang JPN Sarawak (masa kami taklimat di Hotel Merdeka Palace, Kuching) macam mana tempat bakal kami datang ni..

Kat sini nak makan kene hati-hati..Ye la dah majoriti orang bukan Islam..kene la tanya cikgu2 kat sini mana satu yang kedai Muslim..takla susah kalo teringin nak makan luar nanti..Dekat pekan Song ni orang panggil pasar ade satu kedai makanan Melayu..Nama nya Kedai Rabu (Rabu je tau, Kamis Jumaat takde..hehe)..So, kalau selalu keluar pegi pasar beli barang untuk umah, akan singgah dulu makan sini..okla dari takde..hehe..Nasib baik kantin sekolah SMK Song ni orang Islam..so tak menjadi masalah nak melantak time2 takde kelas..haha..

Setakat ni dah dekat 3 minggu berada disini..kira ok la..masih dalam proses menyesuaikan diri..dengan student, cikgu cikgi dengan makanan dan budaya sini.. Insyaallah..doakan aku..Ok update seterusnya akan menyusul..Sini kene tido awal sebab esok bangun pukul 5 pagi..Subuh masuk awal..hehe..Jumpe lagi. K. Tata