Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...
Showing posts with label Praktikal SMKS. Show all posts
Showing posts with label Praktikal SMKS. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

Kenangan...21 Jun 2010 - 15 Oktober 2010


~~Tepuk..tepuk terima kasih...TERIMA KASIH...THANK YOU...SEI SEI...NANDRE...ARIGATO HAIT!!..Terima Kasih Semua..Guru-Guru SMK Selinsing...Staf sekolah...last but not least...student kelas 1A1, 2A3, 4VT1 dan 4VT2..Thank You All....All The Best for SMKS..Jumpa lagi...~~

Kepada semua guru SMKS dan Pelajar serta staf & pekerja sekolah :-

Terbang Burung Terbang, Terbang Hinggap di pohon rambutan, Budi baik sentiasa dikenang, Kenangan manis terpahat di ingatan...

Terkejut burung dipohon rambutan, Dituju lastik si budak nakal, Ampun dan maaf, ada kesilapan, Termakan terminum harap dihalal...

Terbang kembali si burung tadi, Mencari pohon yang lain pula, Semoga berjumpa di lain kali, Insyaallah jika dipanjangkan usia...

P/s : ~~jauh dimata dekat dihati...lepas ni kalo miss2 me...dihujung jari ada FB..dihujung kuku ade black beryy..Hihi...~~

Tuesday, July 13, 2010

Kerenah di Sekolah Part1

Assalamualaikum..

Isnin relief kelas _____. Aku bawa student masuk library, duduk kelas buat bising je. Aku duduk kat sofa. Aku duduk sekali la dengan student pompuan. Cerita semalam tidur lambatla..pegi umah mak mertua la..macam2 lagi laa.. Lepas tu----->

Student X: Cikgu, cikgu kawin lagi x?
Aku : Belom
Student X: Cikgu ada pakwe x?
Aku : Xde..
Student : Laaa...Kami yang sekolah ni pun ade pakwe....
AKu : %&*^%$#@!)(

Lepas tu ---->

Aku : Kamu lepas sekolah nak buat apa?
Student : Belajar kat kolej komuniti. Nak belajar ERT..
Aku : Owh..Kenapa ERT
Student : Dah tu nak kawin, kene la belajar ERT.
Aku : %&*^%$#@!)( lagi......


Tuesday, June 29, 2010

Menuju Selangkah ke Dunia Sebenar...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, dah dekat dua minggu saya mengharungi Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Selinsing (SMKS) ni. Alhamdulillah jugak la sebab saya berjaya meng'survive'kan diri walaupun saya berseorang saja ROS di sini. Selepas dua minggu ROS di sini, bermula Isnin ini 5 Julai, saya akan menyambung menjalani praktikal pula di SMKS ini.

Oh, lupa pulak nak highlight, esok saya akan mula mengajar. Walaupun praktikal bermula minggu hadapan, tetapi bagi setiap pelajar UPSI yang menjalani ROS, perlu mengajar sekurang-kurangnya satu waktu. Saya ambil kelas Ekonomi Asas Tingkatan 4VT1. So, Khamis esok ni, saya akan mengajar dua waktu memandangkan waktu EA kelas pada hari esok adalah 2 waktu.

Sepanjang hampir dua minggu ROS kat sini, saya banyak habiskan masa menaip report ROS. Sebabnya, report ROS ni kena hantar kepada penyelia saya sebaik sahaja tamat ROS. So, Saya pun pulun la hari2 menaip laporan ROS ini. Semua maklumat yang saya dapat untuk ROS ini adalah berbentuk hard copy, even pelan sekolah pun saya terpaksa lukis sendiri (pakai word je la), so takde pilihan lain kena la taip semula. Kepada pelajar UPSI lain yang akan ROS juga, jangan harap sangat dapat softcopy, berusaha untuk taip sendiri.

Dua minggu kat sini, saya tak sempat lagi menglibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, sebabnya, mingu lepas adalah Minggu Anti Dadah SMKS, so petang tu just ada pameran anti dadah oleh AADK untuk menggantikan aktiviti kokurikulum pada minggu tersebut. Minggu ini pula, memandangkan Rabu (hari ini) adalah Hari Koperasi Sekolah dan petang ini pula ada Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah, nampaknya aktiviti kokurikulum takde lagila nampaknya.

Okla, lain kali saya update lagi perkembangan saya di sekolah ini, keletah pelajar dan sebagainya. Jumpa lagi! Wassalam..