Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...
Showing posts with label PUO. Show all posts
Showing posts with label PUO. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

Ceritera Semasa di PUO (Part Geng Rokam)

Selak-selak gambar lama, terjumpa gambar masa di Politeknik Ungku Omar (PUO). Gambar dengan geng-geng Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) dan dengan geng-geng satu rumah di Pekan Razaki (kami panggil Rokam girls..hehe)..Ni antara gambarnya..

Yana aku kenal sejak sem 1 sebab kami satu course, DPM, dengan yaya pun sem 1 sebab dia satu bilik dengan Yaya. Manakala dengan Eles, Linda, Fiza & Ila kenal sejak sem 2 sebab kami sama-sama masuk rumah No. 307, Pekan Razaki setelah dihalang tinggal di kamsis PUO..hehe..Sebenarnya, pelajar sem 1 je duduk kamsis dengan yang aktif-aktif sahaja..Kami memilih Pekan Razaki sebab dekat je dengan PUO (betul-betul belakang Kampus A) berbanding Taman Cempaka dan Desa Cempaka yang agak jauh dan agak sibuk. Tak jauh pun kami pergi balik kampus B naik basikal.. Pegi kelas pagi-pagi sesama dalam pukul 7.15-7.30 (awal kan...kan..)Pastu balik selalu aku dengan Yana & Lina je sebab kelas kami lain dengan Budak DAT..Teka sapa sampai dulu?? Haha..Yana laa..laju gile dia kayuh..aku dengan lina mengekor je..haha..tau kenapa dia kayuh laju-laju? Sebab dia nak cepat sampai rumah..terus bukak tv..zaman tu tak salah aku ada cite korea kat TV petang-petang..yana..yaya..sekarang hang dah jadi mak orang pun..kehkeh.

Dulu masa kat PUO ni, aku lepas pukul 10 malam, takyah cari aku dah..kompom takde..dah belayar(tido)..aku pun tatau kenapa..nak kata mengantuk...petang pun aku tido (pas balik kelas)..hehe..kawan aku pun heran nape aku cepat tido..diorang kalau belum pukul 1-2 pagi tak tido pun tak kisah..mungkin sebab tu la akulah orang yang paling cepat bangun dalam umah..haha..Ala..waktu-waktu exam pon camtu jugak..tak caya tanya lina...hehe..ada sekali tu la..aku buang tebiat..esok ada exam apa tah, kiranya killer paper laa..perbankan kot..perkonon-konon nak berjaga la minum nescafe..ada la geng-geng lain stady sama..last-last kol 12 aku cabutlaa...hehe..

Rindu betul zaman tu. Zaman di mana assignment tak payah pakai komputer, internet, jurnal bagai. Facebook pun takde lagi..friendster dan myspace baru je muncul masa tu..ala baru tahun 2003-2005...Zaman masa Ipoh hanya ada Jusco, Ipoh Parade & Super Kinta pun ada lagi masa tu..Hari Jumaat pegi pasar malam dekat Pekan Razaki beli barang basah, Sabtu Ahad masak kat umah.. Hari Isnin pulak..konvoi ramai-ramai pegi Ipoh Jaya..rindunya...Kalau rajin-rajin malam-malam kami pegi makan kedai Pakwan dekat Ipoh Jaya..

Teringat jugak kisah rumah kami kena pecah masa kami pergi kelas..Mana tak kena pecah..kunci gril (betul ke aku eja ni), kunci pakai kunci pendua basikal..haha..tak teringat plak bahaya..boleh kena potong ke..apa ker...tup..tup..kena pecah..nasib baik takde barang berharga sangat dalam rumah..Yaya hilang duit syiling yang dia kumpul-kumpul je..haha..

Kini Fiza, Yana, Ila, Elis telah menjadi isteri orang (Yana, Fiza & Ila telah bergelar ibu), manakala Yaya, Linda, Lina & Aku masih lagi bujang trang..tang..tang..hehe..sekali je aku pegi majlis belah dorang..masa Elis bertunang...masa kawin tak pergi..haha..nak buat cemana..masalah tertentu menyebabkan tak boleh datang..maaf ye kawan-kawan..

Wednesday, January 14, 2009

Kawanku Sudah Dewasa

Ini gambar teman serumahku (yang pengantin perempuan la) semasa di Politeknik Ungku Omar. Beliau mendirikan rumahtangga pada 4 oktober 2008. Turut kelihatan rakan serumah yang lain seperti Leena, Yaya,Linda serta Elis. Manakala yang lain tidak dapat dikesan...



Ini pula teman serumahku juga (sebelah kanan) gambar kawin beliau saya malas nak cari dalam emel..Tetapi sekarang sudah bergelar ibu. Moga beliau tabah dan bahagia menjadi isteri dan ibu...