Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Monday, June 22, 2009

Gigi & Gusi..

Gigi & gusi...
kau ibarat romeo & juliet
juga mumtaz & shah jahan
seperti juga laila & majnun
Andai sebahagian sengsara,
begitu la sebahagian yang lagi..

Gusi oh gusi..
Jika engkau sakit..
Gigi turut akan merasa..
Lemah seluruh badan...
Bagaikan pemuda patah hati..
Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur pun tak lena...

Gigi oh Gigi...
Jika engkau sakit pun begitu juga..
Lemah seluruh sendi-sendiku..
Mahu bekerja pun tak sekuat dulu..
Ke kiri ke kanan tak senang hati...

Gigi & Gusi
Ketahuilah kamu
Dua padanan yang berbeza fungsi..
Satu menyokong penghadamanmu..
Satu lagi menyokong fungsi tersebut..
Andai satu lemah...
Satu lagi terasa kesannya..

Oleh itu,
Majulah gusi untuk gigi...
Hehe..

p/s : Adaptasi dari kisah benar penulis...

No comments: