Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Saturday, December 26, 2009

Hari ini dalam Sejarah (Blog KHARians)

Hari ini pendaftaran pelajar lama bagi KHAR. Saya tidak bertugas pada hari ini tapi telah turun dengan rajinnya dengan niat asal untuk membantu..Asalnya menjada kaunter tuntutan sijil bagi program KSC bersama-sama Sham dan Aini, tetapi tidak mendapat sambutan. Barangkali esok ramai agaknya. Untuk mengisi masa terluang (sebenarnya xluang sangat pun), tapi xrajin nak buat kerja-kerja media untuk 3M (Minggu Mesra Mahasiswa), maka saya telah secara spontannya (Everybody spontan!!) Ehh... telah mencipta blog rasmi untuk KHAR diberi nama KHARians dan KHAR diletakkan mengandungi akronim Kolej Harun Asas Revolusi..

Sebenarnya akronim ini bukan saja-saja diletak tetapi mempunyai maksud yang mendalam.. Maksud yang bagaimana?? Haa.... Inilah yang kita nak tau.. Hehe... Diringkaskan, Asas Revolusi itu bermakna pencetus kepada sesuatu yang baru ya adik-adik.. Menjadi pengasas atau pemangkin kepada sesuatu yang baru.. Maka saya dengan secara spontannya (Everybody spontan!!)Ehh..ternyanyi lagi plak..sambung2..saya pun pilihlah template untuk blog ini.. Saya inginkan template yang cantik dan kemas dan mudah dihandle (xperlu html yang berbelit2, saya ni pemalas orangnya, actually bukan pemalas sebenarnya tapi xrajin..beza tu)..Sekejap je saya dah jumpa template yang kemas,yang cantik tu kita boleh mekap2 tambah2 gadget maka cantikla dia..kan kan..

Setelah itu, saya tambah gadget seperti yang saudara saudari dapat lihat di KHARians htp://kharians.blogspot.com maka siaplah pembikinan blog dalam masa tak sampai satu hari..oh lupa plak.. post yang sempat saya masukkan hanya la program biro saya saja. Yang lain belum sempat dimasukkan Jangan terasa yer wahai rakan2 JMK yang lain.. Next time saya akan masukkan jugak. Jangan risau

Saat ini blog ini sempat dilawati oleh beberapa JMK seperti Abu, Raudhah dan Priya sahaja sebab saya tak menwar2kan sangat pembikinan blog ni.. Yela..Blog ad-hoc kan.. Tapi saya percaya selepas ini,blog ini akan meriah dengan kehadiran rakan2 JMK, REXCO dan penghuni KHAR yang lainnya untuk mendapat maklumat, panduan dsbnya..

OKlah sekian sahaja nukilan saya pada kali ini, Selamat berjumpa kembali, Renung2kan dan selamat beramal... :)

No comments: