Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Thursday, June 25, 2009

10 Cara Menakutkan Jiran Anda

1.) Kat halaman belakang, gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih.Bila jiran tegur nanti, kata “Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur… .nak berkebun”, sambil menyiram air mawar keatas ‘kubur tipu’ tu… . lagi wangi lagi real…

2.) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok2 tingkap mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah menonton cerita ‘Pontianak Harum’. Kalau boleh, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari.

3.) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka.Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka…

4.) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman / pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan, kata “Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!”.

5.) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je “Tong sampah saya penuh dengan mayat.. eh.eh… sampah… hehehe”.

6.) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku2 anda.Jika jiran tengok, kata je anda tak suka membaca bahan bacaan kotor.

7.) Suruh isteri dan anak2 anda mmanggil anda ‘Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon’ depan jiran2.Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh.

8.) Buat open-house dan jemput jiran2 anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai hidangan utama.Buat barbecue di halaman dan panggangkan selipar jepun anda.Cadangkan kepada jiran yang anda pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali.

9.) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi2 kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines).Kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup…

10.) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda.Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror… .!

Monday, June 22, 2009

Gigi & Gusi..

Gigi & gusi...
kau ibarat romeo & juliet
juga mumtaz & shah jahan
seperti juga laila & majnun
Andai sebahagian sengsara,
begitu la sebahagian yang lagi..

Gusi oh gusi..
Jika engkau sakit..
Gigi turut akan merasa..
Lemah seluruh badan...
Bagaikan pemuda patah hati..
Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur pun tak lena...

Gigi oh Gigi...
Jika engkau sakit pun begitu juga..
Lemah seluruh sendi-sendiku..
Mahu bekerja pun tak sekuat dulu..
Ke kiri ke kanan tak senang hati...

Gigi & Gusi
Ketahuilah kamu
Dua padanan yang berbeza fungsi..
Satu menyokong penghadamanmu..
Satu lagi menyokong fungsi tersebut..
Andai satu lemah...
Satu lagi terasa kesannya..

Oleh itu,
Majulah gusi untuk gigi...
Hehe..

p/s : Adaptasi dari kisah benar penulis...

Tuesday, April 14, 2009

Hebatke anda?

Hebatkah seseorang itu kalo ade kekasih? ade rupe? ada duit? tapi kehidupan hanya dengan buku, org p kuliah die pegi, org balik kuliah die balik, org buat asg n hantar, die pun buat n hantar? Selain dari itu, xde lain.. Hidup mcm xde maknanya..tak reti bergaul dgn org..tp bila cakap..ya ampunnn..mcm la die hebat sgt..ckp mcmla pandai sgt (tp xdekan pun, walaupun dekan aku xpuji punya)..pastu ckpla boring...heh..kalo awk tu aktif, bermasyarakat, xde istilah boring hidup di U rasanye...cube tgk MPP, JMK dan lain2..takde mase nak boring2...hee...plezz laa...rugi idup 4 tahun kat U kalo skdr "menumpang " je....

p/s : malas nak bercakap dgn org yg akhirnya menyakitkan hati je.nak kondemn org je padahal xsedar diri..mcm die perfect sgt..plzzz laa..ini org pun ada ka?

Tuesday, April 7, 2009

Antara Tanggungjawab, Tugas & Harapan..

Assignment dah hampir habis (walaupun masih ade presentation)...Exam dah dekat....Kotak2 org lain sume pakat beli..(aku belum beli lagi)...Namun....Hatiku di kampungg...Gelisah...Makan Tak lalu, tidur xlena, makan masih kenyang....huhu...

Thursday, April 2, 2009