Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Tuesday, November 15, 2011

New Life @ Song Part 3

New Life @ Song Part 3
Salam dan selamat membaca..cewahh..macam ramai je membaca. First of all, nak ucapkan terima kasih la sebab selalu view blog ini walaupun dah berbulan tak update (actually baru 2 bln kot)..hehe..almaklumle.. kesibukan melanda nak-nak di akhir-akhir musim persekolahan ni.

Sekitar Oktober
Macam-macam kerja daripada menyiapkan kertas peperiksaan pelajar, riso, tanda, kasi markah (tanda ni makan masa skit..biasalah..kalau jawapan pelajar ‘macam-macam’ boleh tertidur cikgu dibuatnye. Dah dapat markah kene bagi kepada guru tingkatan pula untuk di key in dalam data smpp (data sekolah – unit exam). Masa ni la kene tunggu cikgu lain kasi markah, kalau cikgu lain lambat kasi markah, kita le kene push @ cari sendiri guru tu. Haa.. dah kasi markah ke unit exam, kene isi buku laporan prestasi murid pula dan kad 001.. Haaa..banyak kan keje guru tingkatan, belum kire lagi tanda kehadiran, intai2 setiap kali lalu tengok bersih ke tak (kalo tak, cikgu kelas jugak kene), buat laporan ponteng dan macam2 lagi laa..
Oh lupa plak.. sebagai guru baharu yang baharu posting sekitar kawasan kapit ni interview SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) kami diadakan pada 13 Oktober 2011 di Kapit. Alhamdulillah, disebalik kesempitan dan kesibukan yang melanda, dapat menghadirkan diri bersama rakan seperjuangan dari SMK SONG, Adan dan Anderias ke Kapit. Penghargaan la buat mereka sebab sudi temankan saya masa pergi dan bali (takut woo pergi sorang2)..hehe. Alhamdullilah yang tidak terhingga kerana dapat menjalani situasi paling mendebarkan sebagai guru baharu iaitu diinterview oleh SPP. Nasib menyebelahi dapat penemuduga yang sporting, tidak garang, bertanya dan mengulas kembali jawapan yang diberi seolah2 kami menghadiri kuliah beliau. Banyak sangat ilmu yang kami pelajari dari beliau yang kami belum pernah dapati sebelum ini (kurang kesedaran agaknya)


Sekitar November
Lagi beberapa minggu nak cuti, macam2 la program yang nak dijalankan bagi memenuhi aktiviti persekolahan.. Ye la..kalau belajar, conform ramai yang tak belajar@tak datang dengan alasan peperiksaan dah habis. Antara aktiviti yang dijalankan seperti sukan tahunan SMK Song dijalankan di stadium SONG pada hari Khamis 3 November dengan penglibatan pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam SPM dan STPM dengan kata lainnya Tingkatan 1,2,4,6 bawah wajib le pergi.. Bagi guru (termasuk la saya) dan pelajar yang terlibat dengan peperiksaan awam adalah tidak wajib pergi.
Keesokan harinya, seperti dijangka hampir separuh kelas yang saya mengajar tidak hadir, kalau hadir pon cedera parah seperti baru balik dari berperang. Terhincut2 jalan. Takpe la saya bagi pelepasan, ajak mereka bersembang2.. Nasib baik tak ramai, tidak mengganggu kelas lain.
Selepas itu, aktiviti seterusnya adalah Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK SONG dan Majlis Makan Malam untuk Staf SMK SONG. Bagi anugerah untuk pelajar ini saya memegang tugas sebagai AJK Makanan bersama dengan Kak Hamizah dan beberapa orang lagi guru. Alhamdulilah program ini berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Penat berhempas pulas dengan majlis anugerah, petangnya kami guru muslim bertungkus lumus, memasak sendiri juadah makan malam kami diketuai oleh Ustaz Alias sebagai Chier Chef dan dibantu chef2 handalan terkemuka dunia. Juadah yang kami sediakan seperti ketam bersos, ayam percik, daging bakar + air asam, kailan ikan masin, buah2an, sotong dan udang goreng tepung, puding karamel, siakap 3 rasa dan tomyam. Hasilnya amat memuaskan hati dan mengenyangkan perut walaupun penat seharian bergotong royong di sekolah dari pagi sampai ke petang. Walaubagaimanapun, terbit juga kesedihan dalam dinner tersebut apabila diumumkan 4 orang guru dari semenanjung berjaya dalam permohonan pertukaran ke semenanjung iaitu Fazli, Din, Nik dan satu2 nya housemate Melayu saya Seri Sulastery. Kurangla seorang guru wanita Melayu Semenanjung di Song, Selepas ini tinggallah saya, Sunita dan Kak Hamizah sebagai 3 dara pingitan Semenanjung di Song. Tapi takpe. Yati dan Shikin ada menemani kami di sini di samping jejaka hot dan terhangat di pasaran. Hihi.


12 November
Tanggal 11 Nov, saya bersama dengan Shikin dan Rebecca melarikan diri dari Song, tak sabar nak balik sangat nampaknya. Haha. Pukul 12 lebih kami dah menaiki bot ekspress memandangkan shikin akan naik flight petang jam 6. jadi saya pun tidak segan silu untuk mengikut mereka. Selepas shikin berlepas naik flight, tinggallah saya seorang2 di Plaza Inn (seronok jugak lepas sorang2, mcm nak gila..hihi) sementara menunggu flight saya keesokkan hari nya. Tepat jam 12 dah tercongok di airport. Kesian airport boring tengok saya. Seperti yang dijadualkan, flight saya terbang tepat jam 2.20 (nasibla kalau delay, teringin jugak nak mengamuk tempat orang ni).. Sampai di LCCT tepat jam 405 petang sempat la saya solat jap n jumpa orang kampung, Kadir jap kemudian naik bas pukul 6petang dan sampai Ipoh pukul 9 lebih malam. Macam nak gila penat. Tapi punya seronok sampai semenanjung tak hirau dah.. Nampak makan, makan macam xmakan berbulan. 
Kesian..Somalia sungguh. Biasa la ..duduk oversea. Hihi.

Sekarang?
Setakat ni tak jalan-jalan mana sangat kecuali pasar raya dekat rumah, esok mungkin nak menjengah sekejap kawan di The Store. Sudah lama tak berjumpa rindu rasanya. Kemudian, minggu depan 24hb akan bertolak ke kl (menetap sementara bersama dengan Radma), rumah ayu at18 25hb (sebenornye 26hb, memandai je aku forward tarikh, takpe tuan badan kata takpe), 26hb bertolak ke Kelantan dengan Kak Hamizah menghadiri Kenduri Sunita, pemandu pelancong? Suhaimi ade. Rakan sekerja di Song jugak. Nasib baik ada penempatan sementara di Kelate. TQ Mie. Pastu, mungkin akan melepak seketika dengan Radma pula di Pasir Putih, boleh kot menghadiri kenduri Azwa, Insyaallah jika dipanjangkan langkah. Teringin benor nak jalan sekitar Kelate. Mungkin bertolak balik 30hb dan turun Tanjong Malim, Insyaallah. Doakan.. Nak kutip barang kiriman daripada Anisah JMK yang ke Vietnam dengan adik JMK2 yang lain.

Disember?
Next time saya tambah. Banyak kot. Kenduri. Nak pergi pangkor. Kenduri. Takpe. 31hb baru balik Sarawak. Hehe. See u all.

No comments: