Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Tuesday, October 21, 2008

Nur Aqilah tebus kehampaan PRK UPSI

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

DATUK AMINAH AYOB (kiri) beramah mesra dengan sebahagian daripada calon-calon umum yang mendapat undian tertinggi pada Pilihan Raya Kampus Sesi 2008/2009 di UPSI, Tanjung Malim semalam.



TANJUNG MALIM - Kalau sudah rezeki tak mana. Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran, tiga calon Umum Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya merebut kerusi tersebut semalam.

Mereka ialah Nur Aqilah Hanis Mohd. Yusoff, Nor' Ain A. Razak dan Akmal Madzir, semuanya daripada Fakulti Sains Teknologi (FST).

Nur Aqilah yang mendapat 3,532 undi berjaya menebus kehampaan selepas gagal bertanding pada pemilihan tahun lalu apabila mendapat undian kelima tertinggi daripada 11 calon yang bertanding kerusi Umum.

"Pada tahun lalu, hasrat saya untuk bertanding untuk merebut salah satu daripada lima kerusi Umum Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI tak kesampaian apabila kertas percalonan saya hilang pada hari percalonan.

"Alhamdulilah, kekecewaan itu dapat ditebus tahun ini dan ia menguatkan semangat saya untuk menabur bakti kepada rakan-rakan pelajar universiti ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian selepas mendengar pengumuman keputusan PRK UPSI 2008 oleh Naib Canselornya, Datuk Aminah Ayub Dewan SITC, UPSI di sini.

Empat calon lain yang memenangi kerusi umum ialah Akmal dengan meraih 4,124 undi, Nor' Ain (4,011), Arif Mohamad daripada Fakulti Perniagaan Ekonomi (3,757) dan Muhamad Nazarul Hazwan Abd. Razak daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) (3,729).

Nor' Ain pula hampir tersisih daripada pemilihan tahun ini apabila namanya tercicir daripada data PRK UPSI yang diadakan dari 8 pagi hingga 7 petang semalam.

Kesilapan teknikal itu disedari kira-kira 9.25 pagi setelah mendapat bantahan dan ia diperbetulkan kira-kira 45 minit kemudian.

No comments: