Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Saturday, September 19, 2015

Kisah Perjalanan Seorang Perantau (yang masih single) *_*

Salam.. Selamat Hari Raya Aidiladha.. Separuh lega rasa bila dah sampai ke kampung halaman.. Walaupun kerja sekolah masih bertingkek-tingkek..tapi puas hati la dapat lari balik raya dulu.. huahua.. Nak dengar cerita sadis tak? Hahaha.. Ni kira pengalaman la, 1st time nak naik bas, bas takde...hahaha (pasrah ok pasrah).. Kisah perjalanan nak balik kampung..

Alkisahnya, sesampai je di KLIA2 jam 5.00pm setelah mengharungi 2 jam flight sibu-kl, dengan Hala ikut naik bas ke pudu dengan harapan sempatla bas pukul 7 @ 730 pm.. Tengok2..nahh... 8.15pm  baru sampai.. Hala dah cecepat cari bas dia dah.. Cari punya cari bas, bus ke Taiping/Kamunting/Simpang semua yilekk.. Dengan panasnya, atas pudu tu tuhan saja yang tahu.

Tak boleh jadi ni, nak gerak juga blah dari KL malam ni juga, amik la bas ke Ipoh.. (Jam 830pm).. Jam dah 830, tapi tak bagitau lagi platform mana.. dekat pukul 9, adala staf dia panggil semua sekali yang pegi ipoh, ikut dia ramai2.. Ikut punya ikut, jalan punya jalan sampai ketiak pon dah basah.. rupa2nya, dia parking punya jauh.. dekat 2km...sakitnya hatiii.... bas sekolah je pon.. sambil berjalan sambil membebel.. awat tak letak bas dekat klia ke, lagi bagus.. Nampak tak skill membebel aku, bukan takat student..orang lain pon menanah je telinga dengar.. haha

Setelah berpeluh2, naikla bas, nasib sejuk ada aircond, kalau takde mau aku membebel lagi.. 2 kali berhenti kat r&r, aku malas turun, sambung tidur. Sedar2 dah sampai Ipoh.. Nampak hotel Casuarina kat depan Amanjaya.. Walaweh... mahai kot.. mau 4-5 bintang tu.. Takmau aku melepak kat surau kalaupun ada.. dengan berlengas, busuk badan ni.. lagipon nak mandi, tu yang cari jugak hotel.. JENG..JENG..JENG.. nampak Hotel Premium macam ok macam murah skit.. Pegila jalan sorang2 tanya bilik ada lagi ke tak.. Fuhhh... nasib ada.. okla walaupun terpaksa bayar rm98.. haha.. Okla bilik dia.. ada wifi, makanan takde, lapar ni, turun kejap pergi 7e..Nasib dekat2 je.. Legala dapat bersihkan badan dan rehat dengan selesa.. ini semua salah bas..haha




Gambar : Dari En. Gugel (hihi)


Esok pagi terus gerak ke Taiping, cari bas dari Amanjaya juga.. Sampai2.. apalagi qada la kepenatan dengan tidur... haha.. Oklah.. Nanti update pasal raya haji plak.. Kbai

Sunday, June 7, 2015

Jalan-Jalan 2015

Cuti sekolah saja masa untuk berjalan... Kali ini bercuti sekitar Borneo memandangkan cuti pun tak panjang.. Trip pertama ke Kuching, Sarawak. Walaupun dah 4 tahun di Sarawak, saya akui ini jejak kaki kedua di sini. Hehe.. Mana taknya, cuti sekolah je balik kampung. Bila masanya nak melancong.. Hehe.. 



















Ok.. itu trip ke Kuching, seterusnya trip ke Sabah pula.. Saya pergi ni cuti pendek sahaja, cuti sambutan hari pekerja & Ester Monday. Jadilah 4 hari pon.. Di sana saya menginap di rumah kawan saya di Putatan, lebih kurang 10 - 15 minit dari airport KK..










Saturday, May 23, 2015

Mr. Crab... Crab ... Crab

Sejak kelmarin benda ni menghiasi ruang perut... Rasa heaven je bukak peti ais nampak ketam.. Biasalah Song.. Mana nak dapat makanan laut.. Ikan pon yang dah keras kejung bila sampai... Sekali sekala dapat yang fresh, tercongak-congak lagi nak masak apa.. Rebus sudah, maggi ketam sudah... Esok nak buat masak lemak kot?