Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Monday, January 18, 2010

Terimaan Pinjaman Tajaan PTPTN

Adalah dimaklumkan mengikut maklumat yang diterima dari pihak PTPTN, hanya pelajar Ijazah sarjana muda bagi tahun 2006 dan 2007 sahaja yang akan menerima wang pinjaman PTPTN pada 20 Januari 2010. Walaubagaimanapun bagi pelajar Tahun 2008 dan 2009, wang pinjaman tidak dapat dikreditkan pada tarikh tersebut kerana terdapat masalah teknikal di pihak PTPTN.

Pihak Bendahari akan sentiasa merujuk ke PTPTN bagi mendapatkan maklumat yang terkini. Sebarang maklumat yang diterima akan dihebahkan dari masa ke semasa.

Sekian, harap maklum.

P/s: Sumber myupsi portal

Thursday, January 14, 2010

Kronologi Proses Pembayaran PTPTN

Untuk makluman semua mahasiswa/i UPSI berikut ialah kronologi Proses Pembayaran PTPTN untuk Institut Pengajian Tinggi Awam khususnya Universiti Pendidikan Sultan Idris

12/10/2009

Pihak IPTA menghantar data untuk pengesahan Ke IPT


12/28/2009

Tarikh pelajar baru mendaftar


1/8/2010

Terima data pengesahan Dari IPT


1/11/2010

Pihak PTPTN mengemaskini data


1/13/2010

Serahan data potongan yuran Ke IPTA


1/14/2010

Arahan bayaran ke bank


1/15/2010

Serahan data potongan Yuran IPTA ke bank


1/19/2010

Kredit ke Akaun pelajar


1/20/2010

Pelajar Terima Duit Dalam Akaun


1/22/2010

Laporan Bank & Penyesuaian Akaun


Semoga dengan maklumat tersebut semua mahasiswa UPSI lebih jelas dengan proses pembayaran PTPTN.

P/s : sumber suaraupsi.blogspot.com

Thursday, January 7, 2010

Tajuk Microteaching Untuk AT18 (Minor & Major)

Salam...Selamat bermicroteaching...

1.0 Pengenalan kepada ekonomi
1.1 Pengertian ekonomi ---> No. 1
1.2 Masalah asas ekonomi ---> No. 2
1.3 Sistem ekonomi & penyelesaian masalah asas ekonomi ---> No. 3

2.1 Pemilihan perkerjaan ---> No. 4
2.2 Pendapatan individu ---> No.5
2.3 Pendapatan boleh guna ---> No. 6
2.4 Penggunaan pendapatan boleh guna ---> No. 7

3.1 Isi rumah ---> No. 8
3.2 Permintaan ---> No. 9

4.1 Firma & pengeluaran ---> No. 10
4.2 Penawaran ---> No. 11

5.1 Konsep pasaran ---> No. 12
5.2 Pasaran barangan ---> No. 12 juga!!!
5.3 Pasaran faktor ---> No. 13
5.4 Aliran pusingan pndapatan dalam ekonomi 2 sektor ---> No. 14

6.1 Wang ---> No. 15
6.2 Bank ---> No. 16
6.3 Institusi Kewangan bukan bank ---> No. 17

7.1 Struktur ekonomi negara ---> No. 18
7.2 Belanjawan negara
Sumber hasil kerajaan ---> No. 19
Perbelanjaan kerajaan ---> No. 19 jugak!!!
Tujuan belanjawan ---> No. 20
Hutang negara ---> No. 20 juga!!!

8.1 Perdagangan Antarabangsa
Pengenalan kepada perdagangan antarabangsa ---> No. 21
Imbangan dagangan ---> No. 21 juga!!!
Imbangan pembayaran ---> No. 22
Sekatan perdagangan ---> No. 22 juga!!!

8.2 Pertukaran asing
Pengenalan kepada pertukaran asing ---> No. 23
Kadar pertukaran asing ---> No. 23 juga!!!
Kesan perubahan kadar pertukaran ---> No. 23 juga!!!


p/s : Renung2kan dan selamat beramal!!..Hehe

Tuesday, January 5, 2010

Tahun Baru, Perkakasan Pun Baru

Assalamualaikum...Salam Tahun Baru walaupun agak terlewat.Tahun Baru tahun ini mencatatkan dugaan yang ku kira agak meruntun jiwaku ini. Dua benda kesayangan dalam hidup aku rosak.. Pertama Mataku (Cermin mataku) dan kedua charger bateri laptopku. Aku jarang kerosakan barang peribadi kepunyaanku. Kalau rosak pun memang dah sangat uzur keadaannya. Seperti mataku dah aku gunakan dah dekat dua tahun, frameless pulak tu. Nasib ekau lah mata. Dan charger bater laptopku pulak rosaknya di wayar yang menghubungkan charger dengan laptop...wayarnya putus..siap ade karen bila pasang..hikhik...Runsing aku kerosakan kedua2nya serentak.. Mana nak cekau duit...Huhuahuahu..Cabaran betul. Tidak mengapalah. Apa maknanya kehidupan tanpa cabaran. Kan kan...Insyaallah esok charger beteriku dapat pengganti. Bye-Bye Charger bermasalah..