Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Thursday, April 29, 2010

Tajuk Entri : Macam2 Ada....

Assalamualaikummm...

Exam dah habis.Ramai dah packing barang dan ramai pula dah selamat tiba di kampung halaman. Ada lagi pula yang masih tinggal beberapa paper di mingu depan. Meneruskan sisa perjuangan dengan perasaan jeles di hati (hehe). Berakhirnya exam kali ini, bermakna berakhirla exam bagi kami pelajar sem 7 untuk sepanjang berada di UPSI tercinta ini. Bukan nak kata puas hati, tapi legalah sikit sebab lepas ni kena pulak berhadapan kerenah dengan dunia luar. Lain tau perasaannya.

Walaupun exam dah habis,tidak bermakna saya dapat bersenang lenang, berlenggang kangkung pulang ke Taiping terus. Saya masih ada misi yang tertinggal di Tanjung Malim ni. Biasalah misi nak melatih Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) yang baru. Saya kan mantan. Keke. Bermula misi Melagang Puncak 9-11 Mei 2010. Lepas tu 26-30 Mei 2010 pula ada Kursus Timbangtara JMK lama untuk JMK baru. Lepas tu Penjelajahan Bakti ke Jakarta mungkin 9 - 14hb Jun 2010. Walawehh...macamne ni. Kenduri kawen sepupu pula 12hb Jun 2010. Kene buat pilihan ni. Kalau salah satu tukar tarikh boleh x? Tak suka la buat pilihan.(Oh..dia dah call tadi, suruh aku jadi pengapit? OHHHHHH..TIDAKKKKKKKKKKKKK.....

Lepas tu bolehla releks menanti waktu nak ROS + praktikum. ROS start 21 Jun 2010 sampai 2 Julai 2010, lepas tu praktikum dari 5 Julai 2010 sampai la 15 Oktober 2010. Oh, lupa pulak, masalah praktikum belum selesai lagi pun, dari taklimat praktikum sampai la ke tempat praktikum belum lagi confirm. Dengan lain kata, kami ni di awangan. Kalau OK takde masalah, kalau kene tukar sekolah, kena cari sekolah, cari rumah dan paling penting cari duit. Hihi..

OK...Adioss...Wassalam

Sunday, April 4, 2010

Sabar..Sabar...Sabar

Assalamualaikum...kuliah dah habis..exam nak dekat..final pula menjelang tiba.. Saya nak ucapkan selamat berjaya la kepada semua pelajar2 tak kira la kat UPSI ke kat U-U lain ke.. Istimewa sekali kepada pelajar UPSI Semester 7 dan AT18 yang akan menghadapi peperiksaan terakhir sebelum memijak kaki ke latihan dalam pekerjaan sebenar (praktikal)..

Semalam Gabungan REXCO KHAR telah mengadakan majlis Malam Sinar KHAR, tujuan utama program itu diadakan untuk menghargai REXC2 KHAR yang banyak membantu JMK KHAR dalam mengendalikan program. Selain itu, program ini juga (MSK) menghargai pencapaian-pencapaian penghuni nya tidak kira samaada dalam akademik, sukan mahupun kokurikulum.. MSK ini dikendali sepenuhnya oleh Gabungan REXCO2 KHAR. Saya dapat lihat perjalanan MSK agak tersusun walaupun ada kesilapan2 kecil yang boleh diperbaiki dikemudian hari. Contohnya, pihak teknikal, dan protokol kurang saling merujuk, selain itu kesilapan kecil dalam ucapan MC boleh dikurangkan dengan latihan yang berterusan. Begitu juga pihak media (saya menitikberatkan media kerana saya memegang portfolio ini), pihak media sebenarnya perlu selalu merujuk kepada penyelaras@penasihat dan yang paling penting MT supaya tidak berlaku kontroversi, kecil hati berlaku. Saya menyedarinya yang segelintir pihak tidak berpuashati dengan tayangan montage dan saya tidak tahu samaada orang lain menyedarinya atau tidak.

Tutup cerita pasal MSK itu, saya nak menyentuh pulak aspek KEBERSIHAN dalam kehidupan. Saya selalu mendengar Kesucian @ Kebersihan dituntut ISLAM (rasanya agama lain pun begitu juga), tetapi saya kira ramai orang yang tidak mementingkannya, Jika anda mahu bersih dan selesa, kenapa tidak anda yang mulakan dulu. Adakah anda berharap orang lain yang menjaga kebersihan bagi pihak anda (dengan kata lain jadi kuli anda)? Kalau begitu anda memang sesuai untuk mengupah orang gaji kelak..Sekemas mana penampilan anda, secantik mana wajah anda (pandai melawa), dan setinggi mana darjat anda sorry to say saya tak akan menghormati anda sekiranya anda seorang pengotor..Penampilan memang wajar kemas, cantik, tapi tolonglah aplikasikannya sentiasa, ditempat awam, dirumah, tempat kuliah (kesian makcik cleaner). Ini tidak, bak kata orang "Rupa je cantik, tapi pengotor"..Itu yang selalu saya lalui dan sebelum ini saya selalu berpengalaman dengan orang cantik ni dan kesimpulan yang saya dapat buat, ORANG CANTIK SELALUNYA PENGOTOR!...Betul @ tidak? Anda fikirkan sendiri..

SAYA TIDAK SUKA SOALAN BODOH
Saya tidak suka soalan bodoh seperti "Ko rasa aku gemuk x?", "ko rasa aku cantik x?", "eh, mcm ne ni, nak pergi ****** ke *******" dan banyak lagi la..Hello kawan, kalau anda rasa gemuk, dietlah (saya bukan jenis yang diet) dan saya yang sememangnya malas melayan hanya menjawab "tah", Apabila saya menjawab tah, itu tandanya saya mmg malas nak melayan..Tolonglah bagi soalan yang menjana minda saya sikit contohnya siapa perdana menteri Zimbabwe ke tahun berapa Papua New Guinea merdeka ke, ini tak suka tanya soalan merepek2..Pikir la secara logik akal (kalau ada la), jangan tanya soalan yang ada jawapan dekat orang..(saya tahu anda suka bercerita). Lagi satu, saya pelik kenapa di Facebook ramai la pula menjadikan status mereka sebagai satu keluhan "aku kecewa bak kaca yang terhempas", "hatiku hatimu menjadi satu" contoh je ya! cuba la letak status ayat2 terjemahan al-quran ke quotes orang2 terkenal mcm sahabat2 ke (bukan artis ya!)..dapat jugak saya satu info baru..Aduilaa...takpe laa..asalkan mereka bahagia...Lagi satu pelik gak, sekejap single, sekejap married (waduh2...) kalau belum kawin jangan la letak married nanti orang silap sangka dah menikah plak, tapi xjemput :p pastu kembali ke single lak (dah orang kata menjanda pulak) letak je in a relationship..payah sangat kan kan...

OK lah, lain kali kita berjumpa lagi...wassalam...


Saturday, April 3, 2010

Paknil : "Ubat saya sudah pergi"

ASSALAMUALAIKUM! Paknil yakin pasti ramai tahu apa yang ingin Paknil borakkan dalam ruangan minggu ini kalau bukan cerita mengenai Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi. Paknil percaya ramai rakyat Malaysia merasa kehilangan pelawak serba hebat dan penyampai radio yang ligat setiap pagi bersama Paknil di Riuh Pagi Era. Kita akan merindui lawak merapu dan gila-gilanya sebab bagi Paknil, Din seorang saja yang boleh melakukan itu. Setiap pagi Isnin hingga Jumaat, Paknil pasti berderai tawa terbahak-bahak sebab Din Beramboi membuat lawak yang terbit secara spontan dan luhur dari hatinya. Bila itu terjadi, Din Beramboi akan berlawak dengan gaya sekali sedangkan kami hanya di radio! Siapa yang nampak gerak gaya Din bila lawaknya ke udara, tetapi itulah Din Beramboi. Dia memang bersungguh-sungguh bila melakukan kerja yang digemarinya.


Din, siap nak bawa sarapan?


Din sering bertanya sama ada Paknil akan berpuasa pada keesokan harinya kerana dia sentiasa nak bawa sarapan pagi untuk Paknil. Bila Paknil tak puasa, pasti ada satu bekas penuh kuih lopes yang dibawanya dari rumah. Dia cakap, orang tua macam Paknil memang suka makan kuih ‘old school’! Dia kata orang muda macam dia cuma makan sandwich dan chicken pie! Paknil sering usik Din dengan perkataan ‘Cur Cur Mak’. Kalau nak tahu, sebelum masuk konti radio awal pagi, selalunya Din kata, dia tak mahu sarapan sangat sebab nak diet tapi Paknil kata: “Sudahlah! Mesti dah Cur Cur Mak sebelum ini.” Din sebenarnya mesti singgah di kedai mamak berdekatan Astro sebelum mulakan pagi untuk makan. Cur Cur Mak tu maknanya Curi Curi Makan!


Din, kenapa biar aku buat kerja seorang sekarang?


Pernah ada satu ketika Din terlewat ke konti radio sebab terlewat bangun. Bayangkan dia pecut kereta dari rumahnya di Rawang ke Astro dan sempat juga mendengar Paknil ke udara seorang diri di Riuh Pagi Era. Sampai di studio, dia tahu Paknil bengang ketika itu tapi dia cakap dia sedih bila dengar Paknil kerja ‘sorang’ sebab dia kata macam tak meriah di udara. Jadi dia minta maaf sangat sebab terlewat dan berjanji untuk tidak lewat lagi selepas itu. Sememangnya Din tidak pernah lewat lagi, malah kerap pula dia tiba lebih awal daripada Paknil. Din, sekarang kau dah tak ada. Kalau kau dengar aku sorang-sorang di radio mungkin dah tak meriah kan? Aku pun tak tahu sama ada aku nak teruskan atau tidak kerja ini. Bayangan kau terlalu kuat di sebelah aku, jadi aku rasa seperti tidak akan dapat bangun seperti dulu lagi!


Din, pilih tempatlah untuk melawak!


Sebagai abang, Paknil pernah juga menegur perangai Din yang suka melawak tidak bertempat. Pernah ketika Paknil mengendalikan segmen Merisik Khabar, Paknil tersentuh dengan cerita pemanggil sehingga menitiskan air mata. Din yang ada di depan Paknil ketika itu ketawa melihat Paknil yang tersedu-sedu. Hangat juga hati ketika itu apabila Din cuba membuat lawak, sedangkan kami berbual mengenai sesuatu yang menyayat hati. Paknil tegur dia: “Din, kau boleh tak pilih masa dan tempat untuk berlawak?” Jawapan Din benar-benar menginsafkan Paknil. Katanya: “Kalau menangis boleh selesaikan masalah orang itu, dia pun akan menangis sekali. Muka sedih dan menangis bukan boleh selesaikan masalah.” Din memang ingin jadi ubat kepada wajah sedih orang. Dia nak orang senyum gembira saja. Dia memang akan memanggil Paknil sebagai orang yang cengeng dan sebab itu dalam Raja Lawak ada ketika dia tegur Bob Lokman yang berair mata ketawa sama seperti buruknya Paknil menangis. Sekarang dia pasti nampak betapa buruknya muka Paknil menangisi pemergiannya.


Din, kau nak cuti panjang kan?


Sememang Paknil kena ambil cuti panjang dalam minggu ini untuk menyempurnakan rakaman Jangan Lupa Lirik. Din Beramboi adalah orang yang sangat suka bila Paknil minta cuti daripada Era kerana dia tahu kalau Paknil cuti, dia pasti cuti juga. Dia cakap: “Aku untung tak payah pergi mengadap minta cuti sebab kau yang pergi mengadap. Bila kau cuti, aku pun cuti jugak.” Paling akan Paknil ingat apabila Din akan ‘countdown’ kiraan hari menjelang tarikh kami bercuti setiap hari tanpa gagal. Sekarang kau pula yang cuti panjang.


Din Mr Sengal?


Din suka juga bagi gelaran pada kami di Era. Macam-macam nama yang dia cipta untuk orang yang dia usik. Penerbit Riuh Pagi Era, Azizan dipanggilnya KURUS atau kadangkala dipanggil KURSUS. Ada yang digelar Ciputlah, Bruce Leelah, Dharmalah, Pen Drivelah dan macam-macam lagi. Gelaran itu semua muncul secara spontan dan Din juga biasanya memanggil orang itu secara depan-depan. Mereka yang dipanggil itu pula tidak ambil hati kerana faham sangat perangainya. Tiba-tiba masa Paknil bekerja sendiri ketika Din tenat, Paknil terima panggilan daripada pendengar Era yang menggelarkan Din sebagai Mr Sengal. Katanya: “Bangunlah Mr Sengal ku. Pagi ku tidak sama lagi tanpa kehadiran Mr Sengal yang selalu buat lawak sengal! Bangunlah please…!” Kini Mr Sengal dah jadi Mr Senyap.


Suka hantar SMS yang mengarut


Paknil memang tidak suka ber‘SMS’ dengan Din sebab dia suka hantar SMS yang entah apa-apa. Pernah Paknil hantar SMS kepada Din tanya kenapa dia nak Alex Raja Lawak gantikan dia bila dia tidak ada di Era lagi? Din jawab: “Sebab dia tak tahu nak komen apa untuk Alex yang memang best!” Baru-baru ini masa dia sakit, Paknil ada hantar SMS pada Din. Paknil cakap: “Din, cepatlah baik demam. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang.” Nak tahu apa yang Din jawab pada Paknil? “Bukan sakit tapi rasa nak mati. Semua dah rasa kebas. Tu tanda-tanda nak mati lah.”


Din, aku rindukan engkau


Mungkin ini tidak pernah Paknil ucapkan pada Din sebab memang tak pernah rindukan dia, tapi kini setelah Din tiada, baru Paknil seperti terdengar bunyi ketawanya, bunyi batuknya, bunyi dengkurnya (kadangkala dia terlelap juga dalam konti... hehehe). Paknil pun tak tahu apa makna Riuh Pagi di Era lagi sebab Paknil tidak pasti sama ada akan adakah lagi riuh itu apabila Din sudah tiada. Paknil tidak akan mampu menjalani tugas di konti sebab di setiap sudut Paknil akan terbayang kehadiran Din Beramboi. Din, kau pergi tanpa beri amaran. Habis senyum dan tawa aku kau bawa sekali. Kini aku masih mencari orang yang boleh kembalikan senyum dan ketawa itu. I MISS YOU MY BRO!

Wassalam.