Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Monday, January 30, 2017

Kerja juga cuti-cuti pun... Kau ada???

~~√√√ @lhamdulillah, tercapai jugak KPI cuti ni nak habiskan menanda latihan-latihan pelajar... Nampak macam senang je tanda, tapi bila tengok tulisan sorang-sorang, mahu meruntun jiwa.

Dengan ada tulisan yang macam cacing kerawit, ada yang macam cucu semut lagi... Kalau PD dan PN boleh tahan lagi, kalau BM Karangan berasap/berangin cikgu dia... Takpe, naik cuti ni, cikgu kasi "hadiah" kaw-kaw punya~~

Saturday, January 28, 2017

Dah 2017 dah weiii

Sepi sonyap aje belog i ni.. Kesian dia.. Dah nak habis Januari 2017  dah pun.. Gila bersawang belog ni... Owner dia busy, taktau la busy apa sangat... Nak kata kerja cikgu banyak kerja, haa memang pon.. Sebab tu kalau student cakap cita-cita nak jadi cikgu, aku cakap "Takyah la jadi cikgu, kerja banyak" Haha... Kalau terjadi juga, memang tabah gila la student tu...

Tapi ada kerja pun, aku longgok-longgok buat bila ada mood... Mood sekarang ke laut dah perginya... Mood aku nak bercuti aje... Nanti-nanti aku cerita kenapa eh... Sebelum lupa, Selamat Tahun Baharu 2017 dan Selamat Tahun Baharu Cina!! Gong Xi Fa Chai ✌✌✌ Cuti ni tak dapat balik, maka mereput la aku 6 hari kat sini...