Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Thursday, November 13, 2008

Keserabutan Di Tengah2 Kekalutan

Salam semua..lama sudah saya tak menguddet cerita di sini..biasalah seorang student, masanya sering dihabiskan dengan hobi utama iaitu menyiapkan assignment dan kadang2 kalo free sgt, teringin pulak untuk exam..hasilnya hari ini saya telah berjaya melepas 4 halangan out of 7..tinggal lagi 3..3 paper tu plak paper killer, major n minor saya..huhu..serba salah rasanya..umpama di sana menanti di sini menunggu. bayangkan 19hb petang saya menghadapi exam database, kemudian pagi esoknya 20hb saya exam plak mikroekonomi pertengahan dan seterusnya ptg nya pulak saya akan memerah otak menggoreng untuk paper HCI..human computer interaction..dapat bayangkan betapa rojaknya kepala saya..rambut saya menjadi mangsa dikala saya tengah stadi..ku cabut satu demi satu kerana itu salah satu cara mengrelease kan tensen (hahaha)...tapi xper.20hb malam, saya akan merdeka..dan seterusnya tumpuan saya ke arah penyiapan tugas Biro Penerbitan & Informasi Kolej Harun Aminurrashid dalam aktiviti baktisiswa ke Pulau Pangkor..Sabar ye Luqman & Izzat, akak mu ini akan tolong sedaya upaya..hikhik.. :)

Saturday, October 25, 2008

Tiramisu





TIRAMISU dalam bahasa Itali bermaksud 'gembirakanlah hatiku'. Jadi, pastilah bila anda menyediakannya, anda akan menggembirakan hati seseorang dengan kesedapannya yang tidak terkata. Tiramisu yang asal mempunyai campuran brandy, rum atau liqueur namun, telah diubahsuai untuk orang Islam.

Juadah pencuci mulut yang berasal dari Itali ini sangat popular terutama di restoran dan kafe. Ada pelbagai versi tiramisu dan keenakannya tentulah berbeza-beza pula. Jadi, setelah mencuba beraneka cara, mungkin anda boleh memilih kaedah yang digemari. Atau cara yang lebih mudah dan ringkas, sesuai dengan cara hidup anda yang mungkin teramat sibuk.

Kebanyakan tiramisu diperbuat daripada telur. Caranya ialah memutar kuning telur dengan gula dan esen kopi kemudian mencampurkan dengan putih telur yang dipukul kental. Penggunaan telur yang tidak dimasak adalah tidak baik terutama untuk kanak-kanak, warga emas atau ibu-ibu mengandung. Golongan ini mudah terkena jangkitan bakteria dalam telur yang dikenali sebagai salmonella.

Bahan utama dalam pembuatan tiramisu ialah keju mascarpone. Ia adalah keju lembut dan merupakan krim keju yang segar. Oleh kerana ia sukar didapati kecuali di kedai-kedai menjual barangan import atau di pasar raya besar, anda boleh menggantikan dengan krim keju dan susu segar.

Untuk setiap 450 gm krim keju, campurkan tiga camca besar atau 45 ml susu. Setelah dipukul hingga gebu, teksturnya akan menjadi seperti keju mascarpone.

Bagi anda yang sukakan pencuci mulut yang agak manis, bolehlah menambah sukatan gula aising. Selain gula aising, boleh juga gunakan guna kastor. Namun begitu, perlu diingat bahawa sesetengah krim putar yang dibeli di pasar raya atau kedai barangan bakeri mempunyai gula di dalamnya. Jadi, ada baiknya anda rasa terlebih dulu sebelum mencampurkan gula.

Untuk menambah perisa kopi, masukkan sedikit coffee emulco atau esen kopi ke dalam air kopi. Selalunya, air kopi ini diperbuat daripada campuran air suam dan serbuk kopi segera.

Sebagai panduan asas, untuk 125 ml air, gunakan satu camca teh serbuk kopi segera. Sekiranya anda sukakan perisa kopi yang lebih kental, tambah serbuk kopi itu.

Biskut span atau boudoir bisuits berbentuk jejari dengan sebelah ditaburi gula. Jika anda sukar mendapatkannya, gantikan dengan potongan kek span. Pilih kek span yang lembut supaya tiramisu menjadi lebih sedap. Potong bentuk jejari agar lebih mudah disusun di dalam bekas atau mangkuk.

Anda boleh juga menggunakan reja-reja kek span yang tidak habis dimakan. Susun kek terlebih dulu di dalam mangkuk. Kemudian baru direnjiskan dengan air kopi. Cara membuatnya berbeza dengan menggunakan biskut yang perlu dicelup ke dalam air kopi tersebut.

Tiramisu lebih enak jika dibiarkan semalaman sebelum dimakan. Ini akan memastikan semua bahan meresap ke dalam biskut span dan menjadikannya amat lembut dan mesra. Selalunya, tiramisu disudukan ke dalam piring dan dimakan begitu saja kerana ia sukar untuk dipotong. Jadi, pastikan anda menyediakan piring dan sudu yang sesuai untuk hidangan pencuci mulut.

Lebih sesuai menyediakan tiramisu di dalam mangkuk jernih atau lutsinar. Ini adalah supaya mudah untuk melihat lapisan-lapisan krim, biskut dan koko. Untuk lebih enak, anda boleh campurkan sedikit parutan coklat masakan di dalam campuran krim keju. Jadi, anda akan dapat merasa cebisan coklat tersebut di seluruh tiramisu, tidak hanya di bahagian atas.

Bila hendak membawa tiramisu ke rumah teman atau ke tempat perkelahan, bungkus kemas dengan foil atau kertas aluminium. Pastikan bahagian dalamnya ditutup terlebih dulu dengan plastik nipis. Ini akan memastikan suhu tiramisu sentiasa sejuk dan lebih sedap rasanya.

Elakkan daripada menghias potongan buah-buahan di atas permukaan kerana ini boleh membuat tiramisu berair. Namun begitu, anda boleh memicit baki krim putar di sekeliling bahagian atas dan letak potongan strawberi di atas krim itu. Semuanya terpulang pada kreativiti masing-masing.

Jadi, gembirakanlah seseorang pada hari ini dengan menyediakan tiramisu. Meskipun cara membuatnya nampak agak rumit, anda akan dapati ia amat mudah diikuti. Dan tentunya pengalaman menjamah tiramisu buatan sendiri adalah lebih menyeronokkan dan meninggalkan kenangan manis pada keluarga atau tetamu anda!

Thursday, October 23, 2008

"Tersalah Naik Kereta"

pergh...busan pulak time nih..ape kata aku citer sumthin' besh kat korang....

Peristiwa nih masa aku belajar dulu....tapi bukan pasal aku arr...pasal senior aku yg giler pandai cover malu....

Nak dijadikan cerita, kat luar pintu gerbang kampus aku nih aderlah stesen minyak mini (bebudak kampus kata stesen minyak tuh campur ayaq dalam minyak..takderlah aku check pulak)kitorang yg takde fulus dan menggunakan khidmat sewa kete selalunya selalu isi minyak dulu kat situ dalam 5 hengget sebelum betul2 sampai town. Satu hari tu, kawan aka senior aku ni menumpanglah kete kawan dia (seingat aku, kete kancil kaler putih)..masa tu dia menumpang kat seat belakang arr... sampai je kat stesen minyak tu, masa tu member dia park betul2 kat tempat isi minyak tu...mamat tu tetiba teringin nak makan pisang goreng yang gerainya tak jauh dari situ...dia kuar dr kete sementara kawannya menunggu kereta diisi minyak....

Dekat 10 minit jugak mamat tu kat gerai pisang goreng tanpa disedarinya kawan2nya dah selesai isi minyak dan kawan2 nya menunggu dia kat jalan depan sikit dr stesen minyak tu.... KEBETULAN pulak ader pulak kete kancil lain yang kaler putih jugak ambik alih kete kawan dia kat tempat isi minyak tu....hehehehe tak silap aku, penumpang kete tue couple kot.....

Lepas je dapat pisang goreng, dengan yakinnya mamat tadi terus masuk kete yang disangkanya kete kawannya...tanpa melihat pemandu n penumpang di hadapan....mamat tu sempat membebel pasal ape ntah....Tibe2 kedengaran suara pemandu kereta tu: " Errr...... encik...boleh saya tolong???" Punyalah terkujat mamat tu apabila baru menyedari dirinya dah tersilap kereta..didepannya sepasang kekasih yang kelihatan blur dan terperanjat melihat dia dengan penuh suspen. Ekekekekeke..punyalah gelabah tapi masih sempat berfikir..mamat ni pon cakaplah......

"Oooooo...saya baru beli pisang goreng kat kedai makcik tu....saje nak soh korang rasa..amiklah...jangan segan2" seraya menyuakan seplastik pisang goreng, mamat tu berkata dengan yakin.... tapi couple tu menggeleng...risau agaknya mamat tu weng...last2 mamat tu bg alasan.... "takpelah....terima kasihla sebab korang sudi luangkan masa" ...masa mamat tu cerita balik kat kitorang...dia tahan je malu... terus je dia kuar...tetiba je baru perasan kete kawan dia kat depan jalan.....

Dengan covernya, dia jalan pelan2 kat kete kawannya (kalau lari, nampak sangat dah kantoi)...tapi ghopenya kawan2nya dah bantai gelak guling2 dalam kete sebab dah ternampak mamat tu masuk silap kete...kesian kat kawan aku tuh, tapi mujurlah panjang akalnya cover malu....uhuhuuhuhuuh

Wednesday, October 22, 2008

Beauty of Mathematics


> 1 x 8 + 1 = 9
> 12 x 8 + 2 = 98
> 123 x 8 + 3 = 987
> 1234 x 8 + 4 = 9876
> 12345 x 8 + 5 = 98765
> 123456 x 8 + 6 = 987654
> 1234567 x 8 + 7 = 9876543
> 12345678 x 8 + 8 = 98765432
> 123456789 x 8 + 9 = 987654321
>
> 1 x 9 + 2 = 11
> 12 x 9 + 3 = 111
> 123 x 9 + 4 = 1111
> 1234 x 9 + 5 = 11111
> 12345 x 9 + 6 = 111111
> 123456 x 9 + 7 = 1111111
> 1234567 x 9 + 8 = 11111111
> 12345678 x 9 + 9 = 111111111
> 123456789 x 9 +10= 1111111111
>
> 9 x 9 + 7 = 88
> 98 x 9 + 6 = 888
> 987 x 9 + 5 = 8888
> 9876 x 9 + 4 = 88888
> 98765 x 9 + 3 = 888888
> 987654 x 9 + 2 = 8888888
> 9876543 x 9 + 1 = 88888888
> 98765432 x 9 + 0 = 888888888
>
> Brilliant, isn't it?
>
> And look at this symmetry:
>
> 1 x 1 = 1
> 11 x 11 = 121
> 111 x 111 = 12321
> 1111 x 1111 = 1234321
> 11111 x 11111 = 123454321
> 111111 x 111111 = 12345654321
> 1111111 x 1111111 = 1234567654321
> 11111111 x 11111111 = 123456787654321
> 111111111 x 111111111=123456789 87654321
>
>
>
> Now, take a look at this...
>
>
>
>
>
> 101%
>
>
>
> From a strictly mathematical viewpoint:
>

> What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%?
>
> Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?
>
> We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER
> 100%.
>
> How about ACHIEVING 101%?
>

> What equals 100% in life?
>
>
> Here's a little mathematical formula that might help answer these
> questions:
>


>
> If:
>
> A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
>
>
>
> Is represented as:
>
> 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
>
>
>
>
>
> If:
>
>
>
> H-A-R-D-W-O- R- K
>
> 8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%
>
>
>
> And:
>
> K-N-O-W-L-E- D-G-E
>
> 11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%
>
>
>
>
>
> But:
>
> A-T-T-I-T-U- D-E
>
> 1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%
>
>


>
> THEN, look how far the love of God will take you:
>
>
>
> L-O-V-E-O-F- G-O-D
>
> 12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%
>
>
>
> Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
>
> While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
> get you there, It's the Love of God that will put you over the top!



credit to : kelbros

Spelling Mistake



Correct spelling
SCHOOL

credit to : Mod Dexa

Enam calon menang mudah


TANJUNG MALIM: Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung kelmarin menyaksikan enam calon kerusi fakulti mengukir kejayaan mudah apabila menang tanpa bertanding.

Laluan mudah itu diperoleh Siti Nor Hazliza Rosli dan Mohd Nor Faiz Mat Ali bagi calon Fakulti Sains Sukan; Siti Khairiah Jajuli dan Mohd Hairie Abdullah (Fakulti Bahasa) serta Mohd Firdaus Mohd Fauzi dan Norhisham Che Hamid bagi Fakulti Seni dan Muzik.

Pemilihan MPP tahun ini diadakan di tujuh pusat pengundian iaitu Kompleks Bitarasiswa, Dewan SITC, Dewan Serbaguna Kolej Za’ba, Dewan Serbaguna Kolej Ungku Omar, Foyer Kolej Harun Aminurrashid, Perpustakaan Tuanku Bainun serta Foyer Bangunan KDP.

Peratusan keluar mengundi sebanyak 61.15 peratus atau 12,001 pengundi direkodkan bermula jam 8.30 pagi hingga 7 malam yang dilakukan secara elektronik (e-voting).

Bagaimanapun persaingan sengit berlaku di kerusi umum membabitkan 11 calon yang berusaha menawan kerusi barisan kepemimpinan tertinggi MPP. Lima kerusi umum teratas dimenangi oleh Akmal Madzir (4,124 undi), Nor’ain A Razak (4,011), Arif Mohamad (3,757), Nur Aqilah Hanis Mohd Yusof (3,532) dan Muhammad Nazarul Hazwan Abd Razak sebanyak 3,792 undi.


Akmal Madzir, 21, mahasiswa semester lima jurusan biologi yang memperoleh sokongan terbanyak akan melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Sains UPSI.


Beliau ketika ditemui berazam akan bekerja keras dalam satu barisan kepemimpinan bagi memperjuangkan kebajikan lebih 14,000 mahasiswa UPSI.

Sementara itu, Nur Aqilah Hanis pula melahirkan kesyukuran atas kemenangannya itu dan akan berusaha melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dalam tempoh kepimpinan baru itu.

Manakala Nor’ain, mahasiswa semester lima jurusan sains kimia yang tampil melalui manifestonya ‘Keperibadian Unggul Menjana Kualiti’ berazam memberikan perkhidmatan terbaik untuk mahasiswa dan komited membantu serta mendokong segala usaha pengurusan universiti demi kebaikan mahasiswa UPSI.

Tuesday, October 21, 2008

Nur Aqilah tebus kehampaan PRK UPSI

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

DATUK AMINAH AYOB (kiri) beramah mesra dengan sebahagian daripada calon-calon umum yang mendapat undian tertinggi pada Pilihan Raya Kampus Sesi 2008/2009 di UPSI, Tanjung Malim semalam.



TANJUNG MALIM - Kalau sudah rezeki tak mana. Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran, tiga calon Umum Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya merebut kerusi tersebut semalam.

Mereka ialah Nur Aqilah Hanis Mohd. Yusoff, Nor' Ain A. Razak dan Akmal Madzir, semuanya daripada Fakulti Sains Teknologi (FST).

Nur Aqilah yang mendapat 3,532 undi berjaya menebus kehampaan selepas gagal bertanding pada pemilihan tahun lalu apabila mendapat undian kelima tertinggi daripada 11 calon yang bertanding kerusi Umum.

"Pada tahun lalu, hasrat saya untuk bertanding untuk merebut salah satu daripada lima kerusi Umum Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI tak kesampaian apabila kertas percalonan saya hilang pada hari percalonan.

"Alhamdulilah, kekecewaan itu dapat ditebus tahun ini dan ia menguatkan semangat saya untuk menabur bakti kepada rakan-rakan pelajar universiti ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian selepas mendengar pengumuman keputusan PRK UPSI 2008 oleh Naib Canselornya, Datuk Aminah Ayub Dewan SITC, UPSI di sini.

Empat calon lain yang memenangi kerusi umum ialah Akmal dengan meraih 4,124 undi, Nor' Ain (4,011), Arif Mohamad daripada Fakulti Perniagaan Ekonomi (3,757) dan Muhamad Nazarul Hazwan Abd. Razak daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) (3,729).

Nor' Ain pula hampir tersisih daripada pemilihan tahun ini apabila namanya tercicir daripada data PRK UPSI yang diadakan dari 8 pagi hingga 7 petang semalam.

Kesilapan teknikal itu disedari kira-kira 9.25 pagi setelah mendapat bantahan dan ia diperbetulkan kira-kira 45 minit kemudian.

Saturday, October 11, 2008

Video Rekaan Sendiri



Ada yang takde jangan marah ek..Tengah mencari masa yang sesuai untuk buat lagi....tungguuuu
(Kalau lambat loading..Klik yang tanda pause tu..biar die abih loading baru play..sementara tu pegila wat keje lain..contohnya..makan ke..semayang ke..mandi ker..kelambatan loading bergantung kepada capaian internet anda..hikhik..)

Seriously, I'm Happy Too..

Mendengar cerita kawan2 a.k.a senior at18 (ekonomi) semua nya dah dapat posting, aku tersenyum sendirian..alangkah bahagianya aku kalau di tempat mereka..seronok mendengar..kalau kalian kenal khairi khalid yg lebih dikenali sbg K.e, timie..k.e dapat posting di selangor (dia orang pahang) manakala timie orang johor dan dapat posting juga di johor.tahniah diucapkan. selain itu ada juga yg dapat sabah & sarawak..tahniah sekali lagi diucapkan.semoga cita2 anda termakbul dalam mendidik anak bangsa menjadi cemerlang, gemilang & terbilang.. apa pun saya masih mempunyai masa mengharungi suka duka dunia seorang pelajar u selama lebih kurang 2tahun.doakan saya berjaya.sekian..wassalam

Friday, October 10, 2008

Guru tidak berhenti merungut

KERAP KALI saya membaca ruangan Surat Pembaca di akhbar ini, pasti ada isu berkaitan dengan guru. Isu seperti perbezaan gaji di antara guru berijazah atau tidak, elaun yang perlu ditambah kepada guru luar bandar, guru warden, guru kanan, isu cuti sekolah, bebanan tugas berat, penempatan guru, kuarters dan sebagainya.


Untuk makluman, saya pernah bertugas menjadi guru sementara selama enam bulan sebelum memasuki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pengajian ijazah sarjana muda bidang kejuruteraan. Pengalaman singkat itu memperlihatkan tugas guru tidaklah seberat digembar-gemburkan.

Pemerhatian saya terhadap tugas guru adalah seperti berikut. Pertama, jumlah jam bekerja terlalu singkat. Seseorang guru hanya bertugas mengikut sesi pagi atau petang. Bagi sekolah yang mempunyai satu sesi, bermakna seorang guru hanya bekerja enam jam setengah setiap hari.


Bagaimanapun, guru hanya mengajar selama dua hingga tiga jangka waktu (satu jangka waktu bersamaan 40 minit) dan selebihnya adalah waktu untuk menyediakan laporan, rehat, makan di kantin dan berbual-bual.


Kedua, jumlah hari bekerja sedikit. Secara umumnya, hari bekerja guru adalah mengikut hari persekolahan murid. Oleh itu, guru tidak bekerja pada cuti hujung minggu, cuti umum, pertengahan semester, pertengahan tahun atau akhir tahun. Sekiranya ditolak daripada 365 hari setahun, maka amatlah sedikit jumlah hari bekerja guru.

Walaupun dengan bebanan tugas yang ringan ini, guru membuat banyak permintaan serta rungutan banyak perkara. Tolong jangan katakan bahawa mengadakan mesyuarat mingguan, profil pelajar, soalan peperiksaan, berkursus, kokurikulum adalah tugas sangat berat di samping waktu lapang yang ada di luar waktu mengajar.

Permintaan guru seperti pertambahan gaji atau elaun dan kenaikan pangkat lebih cepat daripada gred 29 ke gred 41 dan ke gred 44, contohnya membuatkan saya tertanya-tanya sama ada wajar ia ditunaikan oleh Kementerian Pelajaran semata-mata menangani isu itu.

Kekerapan isu guru dihantar ke ruangan Surat Pembaca juga menyebabkan saya tertanya-tanya adakah profesion guru saja yang wujud dan penting dalam kerajaan. Ataupun sebenarnya guru adalah kakitangan kerajaan yang paling pandai merungut dalam isu gaji yang sebenarnya tidak setimpal dengan input kerja mereka.

Adakah guru akan berhenti merungut apabila gaji mereka setaraf dengan gaji bagi profesion peguam, doktor, jurutera dan sebagainya yang memerlukan pencapaian akademik lebih tinggi?

Saya ingin meminta golongan pendidik ini supaya memberhentikan penghantaran isu, rungutan peribadi dan luahan rasa kepada media massa secara terbuka dan cukuplah sekiranya Persatuan Guru Kebangsaan (NUTP) menyelesaikannya dengan pihak atasan secara tertutup.

Saya juga mencadangkan supaya NUTP menubuhkan Biro Aduan Khas bagi profesion guru sebagai tempat untuk guru yang menghadapi masalah khusus untuk menyuarakan pendapat secara peribadi.

KAKITANGAN BUKAN GURU,
Kuala Lumpur.



NOTA 3 KAKI : Kerja 6 bulan nak samakan dengan guru yang kerja bertahun-tahun, mana adil. Tugas memang tak seberat tanggungjawab mendidik. Cikgu bekerja 6 jam setengah satu hari? Ye ke cikgu2 semua? betul ke pendapat saudara/i kakitangan bukan guru ini?

Shah Rukh Khan terima darjah Melaka bawa gelaran Datuk

Oleh Amirullah Andi Nur

MELAKA: Artis Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu sebagai menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia.

"Bagaimanapun tarikh majlis penyampaian anugerah itu belum ditentukan lagi," katanya pada sidang media di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Selain Shah Rukh Khan, tiga artis veteran tanah air pula menerima Darjah Seri Melaka (DSM). Mereka ialah Goh Eng Boon atau lebih dikenali Henry Goh; Jantan Osman atau lebih popular dengan panggilan Ali Mamak dan penyanyi keroncong, Mariam Ahmad.

Saadon turut mengesahkan tiada pemimpin dan ahli Umno disenaraikan untuk menerima anugerah tahun ini kerana Kod Etika Pemilihan Umno tidak membenarkan anggota parti itu dianugerahkan darjah dan pingat kebesaran negeri.



NOTA 3 KAKI :
Lu pikirlah sendiri.....

Thursday, October 9, 2008

Mewah Bahasa: 'Mu keno gode ore tino? Mu buat apo ko dio? (Ruang Sastera Berita Harian)

JOHAN, Hasyim dan tiga orang rakan mereka menyewa di sebuah rumah teres satu tingkat di pinggir bandar raya. Mereka berjiran dengan empat gadis. Pada hari Sabtu minggu ketiga Syawal, jiran mereka hendak mengadakan rumah terbuka.


Johan: Eh! Syim, Awek-awek sebelah ni aku tengok tak sudah-sudah menggode dari pagi tadi.

Hasyim: Deme gode kamu ke? Bute ke, ape deme ni, muka macam kamu pun deme bekenan. Kalau macam aku ni, lain le….

Johan: Kamu cakap apa ni yop? Dia orang nak buat open houselah malam ni. Tu yang sibuk menggode tu. Mereka tak jemput kau ke yop? Aku mereka dah jemput semalam.

Hasyim: Bertuahnya badan kamu Johan, deme siap jemput kamu untuk digode. Kalau nak kira aku lagi hansem. Tak pulak digode deme.

Pada waktu itu, rakan serumah mereka, Ramli yang berasal dari Kelantan baru keluar dari bilik.

Ramli: Apo riuh-riuh nih? Sapo keno gode?

Hasyim: Ni! Sahabat kita ni kena gode awek sebelah.

Ramli: Mu keno gode ore tino? Mu buat apo ko dio? Mu mencabul ko? Jangan buat hal Johan, nanti dio repot polis mu masuk lokap.

Hasyim: Apasai pulak kena masuk lokap? Deme yang gode dia, bukan dia yang ngocah deme. Kamu ingat senang ke nak dapat orang gode kita? Aku dah jenuh sue muke kat awek sebelah tu, usahkan gode, pandang pun idak!

Johan: Eh! Engkau orang berdua ni cakap apa ha?! Yang seko ni kata aku kena gode, aku bukan gulailah boleh nak di gode-gode. Yang seko ni pulak tak tau ujung pangkal, dah nak repot polis. Setahu aku tidak menjadi kesalahan kalau menolong orang menggode kat dapur, tak ada pun dalam undang-undang Malaysia. Sudahlah, aku nak pergi tolong dia orang masak, kesian aku tengok dia orang gode masakan yang panas tu. Kalau sesiapa nak ikut aku jom… jadi gentlemanlah sikit.

Gode - mengacau gulai atau masakan di atas dapur (dialek Johor
- goda atau menggoda seseorang (dialek Perak)
- godam atau pukul (dialek Kelantan)

deme - mereka (dialek Perak)

ore tino - orang betina / orang perempuan (dialek Kelantan)

jenuh - puas

ngocah - mengacau, mengganggu (dialek Perak)

Tuesday, October 7, 2008

Hari Guru dua kali disokong

HARI Guru di Malaysia yang disambut pada 16 Mei sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka yang bergelar pendidik. Ada cadangan supaya perayaan itu disambut dua kali setahun dan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) menyambut baik cadangan itu.

Perbincangan yang masih dijalankan persatuan dan majlis berkaitan guru di negara ini haruslah diteliti secara mendalam kerana sambutan ini bukanlah sambutan ulang tahun hari biasa, tetapi sambutan meraikan guru yang sangat berjasa kepada tanah air.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Guru Sedunia pada 5 November setiap tahun dan ini adalah suatu langkah bijak. Sememangnya harus kita sedar bahawa hari guru di setiap negara seluruh dunia disambut pada tarikh berbeza seperti Albania pada 7 Mac, China pada 10 September, Czech Republik pada 28 Mac, Russia pada 5 Oktober, Taiwan 28 September, Thailand 16 Januari, Vietnam pada 20 November dan sebagainya.

Langkah PBB untuk meraikan hari guru sedunia adalah langkah bijak untuk menyatukan seluruh negara dalam menyambut hari guru ini. Hari Guru yang disambut adalah untuk menghargai jasa mereka membanting tulang dan keringat, pengorbanan dan keperitan mendidik.

Peranan guru dalam masyarakat dunia bukanlah satu peranan kecil bahkan guru inilah yang dapat mencipta gelombang keintelektualan anak bangsa supaya lebih berdaya saing dari semua sudut. Walaupun sememangnya hari guru ini adalah wajar disambut setiap hari, tetapi langkah meraikan pada tarikh dan waktu tertentu adalah penghargaan yang amat besar dalam kerjaya ini.

Sekali lagi PMAPIUM menyokong cadangan supaya sambutan hari guru disambut dua kali setahun, iaitu Sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 16 Mei dan Sambutan Hari Guru Sedunia pada 5 November. Ia langkah bijak agar mereka lebih berdaya saing dan bertungkus-lumus mendidik anak bangsa dalam proses pembentukan nilai insani dalam diri menerusi sistem pendidikan.


NOTA 3 KAKI : Best gak kalau buat hari guru dua kali..satu sambutan dalam negara. satu lagi antarabangsa...

Salam Sejahtera Ke Atas Kamu Semua......

Hai..selamat datang ke blog baru saya buat ni..sebelum ni pernah buat blog..bile dah lama xbukak, secara automatik terlupa lak plak password nye..ni la masalahnya kalo wat emel akaun on the spot..tarak pikir2 dah..hehe..xpe2..emel ni saya dah catat dlm buku..kalo lupa lagi tatau laa..lepas ni nak saya akan masukkan news menarik..gambar best..benda yang saya pikirkan pelik dan menarik ke dalam blog ni..selamat menunggu......