Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Wednesday, November 16, 2011

Kata-Kata Mutiara dari Imam Syafie

Hijrahlah.....

(Dipetik dari cerpen Blog Hijrah Syirah)

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang. Merantaulah, kau akan dapat pengganti dari kerabat dan kawan. Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.

"Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan. Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang."

"Singa jika tidak tinggalkan sarang tidak akan dapat mangsa. Anak panah jika tidak tinggalkan busar tidak akan kena sasaran."

"Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang."

"Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang. Kayu gaharu tidak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan."

Tuesday, November 15, 2011

[FAKTA] WHO IS YOUR ROLE MODEL


WHO IS YOUR ROLE MODEL???
Try it without looking at the answers......


1) Pick your favorite number between 1-9


2) Multiply by 3 then


3) Add 3, then again multiply by 3 (I'll wait while you get the calculator....)


4) You'll get a 2 or 3 digit number….


5) Add the digits together


Now Scroll down ...............








































Now with that number see who your ROLE MODEL is from the list below:


1. Einstein



2. Nelson Mandela




3. Abraham Lincoln




4. Helen Keller




5. Bill Gates




6. Gandhi





7. George Clooney




8. Thomas Edison





9. Rohiexa Aaron




10. Abraham Lincoln



I know....I just have that effect on people....one day you too can be like me.... :-) Believe it!



P.S.: Stop picking different numbers. I am your idol, just deal with it!!!!


NOW CHANGE YOUR NAME IN NO. 9 AND SEND IT ON!! HAHA

New Life @ Song Part 3

New Life @ Song Part 3
Salam dan selamat membaca..cewahh..macam ramai je membaca. First of all, nak ucapkan terima kasih la sebab selalu view blog ini walaupun dah berbulan tak update (actually baru 2 bln kot)..hehe..almaklumle.. kesibukan melanda nak-nak di akhir-akhir musim persekolahan ni.

Sekitar Oktober
Macam-macam kerja daripada menyiapkan kertas peperiksaan pelajar, riso, tanda, kasi markah (tanda ni makan masa skit..biasalah..kalau jawapan pelajar ‘macam-macam’ boleh tertidur cikgu dibuatnye. Dah dapat markah kene bagi kepada guru tingkatan pula untuk di key in dalam data smpp (data sekolah – unit exam). Masa ni la kene tunggu cikgu lain kasi markah, kalau cikgu lain lambat kasi markah, kita le kene push @ cari sendiri guru tu. Haa.. dah kasi markah ke unit exam, kene isi buku laporan prestasi murid pula dan kad 001.. Haaa..banyak kan keje guru tingkatan, belum kire lagi tanda kehadiran, intai2 setiap kali lalu tengok bersih ke tak (kalo tak, cikgu kelas jugak kene), buat laporan ponteng dan macam2 lagi laa..
Oh lupa plak.. sebagai guru baharu yang baharu posting sekitar kawasan kapit ni interview SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) kami diadakan pada 13 Oktober 2011 di Kapit. Alhamdulillah, disebalik kesempitan dan kesibukan yang melanda, dapat menghadirkan diri bersama rakan seperjuangan dari SMK SONG, Adan dan Anderias ke Kapit. Penghargaan la buat mereka sebab sudi temankan saya masa pergi dan bali (takut woo pergi sorang2)..hehe. Alhamdullilah yang tidak terhingga kerana dapat menjalani situasi paling mendebarkan sebagai guru baharu iaitu diinterview oleh SPP. Nasib menyebelahi dapat penemuduga yang sporting, tidak garang, bertanya dan mengulas kembali jawapan yang diberi seolah2 kami menghadiri kuliah beliau. Banyak sangat ilmu yang kami pelajari dari beliau yang kami belum pernah dapati sebelum ini (kurang kesedaran agaknya)


Sekitar November
Lagi beberapa minggu nak cuti, macam2 la program yang nak dijalankan bagi memenuhi aktiviti persekolahan.. Ye la..kalau belajar, conform ramai yang tak belajar@tak datang dengan alasan peperiksaan dah habis. Antara aktiviti yang dijalankan seperti sukan tahunan SMK Song dijalankan di stadium SONG pada hari Khamis 3 November dengan penglibatan pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam SPM dan STPM dengan kata lainnya Tingkatan 1,2,4,6 bawah wajib le pergi.. Bagi guru (termasuk la saya) dan pelajar yang terlibat dengan peperiksaan awam adalah tidak wajib pergi.
Keesokan harinya, seperti dijangka hampir separuh kelas yang saya mengajar tidak hadir, kalau hadir pon cedera parah seperti baru balik dari berperang. Terhincut2 jalan. Takpe la saya bagi pelepasan, ajak mereka bersembang2.. Nasib baik tak ramai, tidak mengganggu kelas lain.
Selepas itu, aktiviti seterusnya adalah Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK SONG dan Majlis Makan Malam untuk Staf SMK SONG. Bagi anugerah untuk pelajar ini saya memegang tugas sebagai AJK Makanan bersama dengan Kak Hamizah dan beberapa orang lagi guru. Alhamdulilah program ini berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Penat berhempas pulas dengan majlis anugerah, petangnya kami guru muslim bertungkus lumus, memasak sendiri juadah makan malam kami diketuai oleh Ustaz Alias sebagai Chier Chef dan dibantu chef2 handalan terkemuka dunia. Juadah yang kami sediakan seperti ketam bersos, ayam percik, daging bakar + air asam, kailan ikan masin, buah2an, sotong dan udang goreng tepung, puding karamel, siakap 3 rasa dan tomyam. Hasilnya amat memuaskan hati dan mengenyangkan perut walaupun penat seharian bergotong royong di sekolah dari pagi sampai ke petang. Walaubagaimanapun, terbit juga kesedihan dalam dinner tersebut apabila diumumkan 4 orang guru dari semenanjung berjaya dalam permohonan pertukaran ke semenanjung iaitu Fazli, Din, Nik dan satu2 nya housemate Melayu saya Seri Sulastery. Kurangla seorang guru wanita Melayu Semenanjung di Song, Selepas ini tinggallah saya, Sunita dan Kak Hamizah sebagai 3 dara pingitan Semenanjung di Song. Tapi takpe. Yati dan Shikin ada menemani kami di sini di samping jejaka hot dan terhangat di pasaran. Hihi.


12 November
Tanggal 11 Nov, saya bersama dengan Shikin dan Rebecca melarikan diri dari Song, tak sabar nak balik sangat nampaknya. Haha. Pukul 12 lebih kami dah menaiki bot ekspress memandangkan shikin akan naik flight petang jam 6. jadi saya pun tidak segan silu untuk mengikut mereka. Selepas shikin berlepas naik flight, tinggallah saya seorang2 di Plaza Inn (seronok jugak lepas sorang2, mcm nak gila..hihi) sementara menunggu flight saya keesokkan hari nya. Tepat jam 12 dah tercongok di airport. Kesian airport boring tengok saya. Seperti yang dijadualkan, flight saya terbang tepat jam 2.20 (nasibla kalau delay, teringin jugak nak mengamuk tempat orang ni).. Sampai di LCCT tepat jam 405 petang sempat la saya solat jap n jumpa orang kampung, Kadir jap kemudian naik bas pukul 6petang dan sampai Ipoh pukul 9 lebih malam. Macam nak gila penat. Tapi punya seronok sampai semenanjung tak hirau dah.. Nampak makan, makan macam xmakan berbulan. 
Kesian..Somalia sungguh. Biasa la ..duduk oversea. Hihi.

Sekarang?
Setakat ni tak jalan-jalan mana sangat kecuali pasar raya dekat rumah, esok mungkin nak menjengah sekejap kawan di The Store. Sudah lama tak berjumpa rindu rasanya. Kemudian, minggu depan 24hb akan bertolak ke kl (menetap sementara bersama dengan Radma), rumah ayu at18 25hb (sebenornye 26hb, memandai je aku forward tarikh, takpe tuan badan kata takpe), 26hb bertolak ke Kelantan dengan Kak Hamizah menghadiri Kenduri Sunita, pemandu pelancong? Suhaimi ade. Rakan sekerja di Song jugak. Nasib baik ada penempatan sementara di Kelate. TQ Mie. Pastu, mungkin akan melepak seketika dengan Radma pula di Pasir Putih, boleh kot menghadiri kenduri Azwa, Insyaallah jika dipanjangkan langkah. Teringin benor nak jalan sekitar Kelate. Mungkin bertolak balik 30hb dan turun Tanjong Malim, Insyaallah. Doakan.. Nak kutip barang kiriman daripada Anisah JMK yang ke Vietnam dengan adik JMK2 yang lain.

Disember?
Next time saya tambah. Banyak kot. Kenduri. Nak pergi pangkor. Kenduri. Takpe. 31hb baru balik Sarawak. Hehe. See u all.

Saturday, September 10, 2011

Takwim 2012



Malaysian State & National Holidays 2012

Dates
Occasion
For
1 January
Sunday
New YearAll states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14 January
Saturday
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
15 January
Sunday
Sultan of Kedah’s BirthdayKedah only
23 January
Monday
Chinese New YearNationwide
24 January
Tuesday
Chinese New Year (2nd Day)All states except Kelantan and Trengganu
1 February
Wednesday
Federal Territory DayFederal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
5 February
Sunday
Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
7 February
Tuesday
ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
4 March
Sunday
Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
30 March
Friday
Sultan of Kelantan’s BirthdayKelantan only
6 April
Friday
Good FridaySabah & Sarawak only
15 April
Sunday
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 April
Thursday
Sultan of Perak’s BirthdayPerak only
1 May
Tuesday
Labour DayNationwide
7May
Monday
Hari Hol PahangPahang only
17 May
Thursday
Wesak DayNationwide
17 May
Thursday
Raja Perlis’ BirthdayPerlis only
30- 31 May
Wed & Thu
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 – 2 June
Fri & Sat
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
2 June
Saturday
Malaysian King’s Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
17 June
Sunday
Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Saturday
Georgetown Heritage DayPenang – but not a ‘paid holiday’ for private sectors employees.
7 July
Saturday
Penang Governor’s BirthdayPenang only
20 July
Friday
Sultan of Trengganu’s BirthdayTrengganu only
21 July
Saturday
Awal Ramadan
Start of Muslim fasting month (bulan Puasa)
Johor, Kedah & Malacca only
6 August
Monday
Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
19 – 20 Aug
Sun & Mon
Hari Raya Puasa *Nationwide
31 August
Friday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
9 September
Sunday
Sarawak Governor’s BirthdaySarawak Only
16 September
Sunday
Malaysia Day &
Sabah Governor’s Birthday
Nationwide
Sabah
14 October
Saturday
Malacca Governor’s BirthdayMalacca only
24 October
Wednesday
Sultan of Pahang’s BirthdayPahang only
26 October
Friday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
27 October
Saturday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
11 November
Sunday
Deepavali or DiwaliNationwide, except for Sarawak
15 November
Thursday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
22 November
Thursday
Sultan of Johor’s BirthdayJohor only
11 December
Tuesday
Sultan of Selangor’s BirthdaySelangor only
25 December
Tuesday
ChristmasNationwide
CUTI SEKOLAH TAHUN 2012
Kumpulan A: Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Cuti Pertengahan Penggal 1 : 09.03.2012 – 17.03.2012 (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun : 25.05.2012 – 09.6.2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 : 17.8.2012 – 25.8.2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 09.11.2012 – 31.12.2012 (53 Hari)
Kumpulan B : Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Cuti Pertengahan Penggal 1 : 10.03.2012 – 18.03.2012 (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun : 26.05.2012 – 10.6.2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 : 18.8.2012 – 26.8.2012 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 10.11.2012 – 01.01.2013 (53 Hari)


Saturday, August 20, 2011

Rendang Rusa dan Kek Batik

Salam dan selamat berpuasa semua bagi yang berpuasa..bagi yang sengaja tak puasa, boleh belah..saya taknak kawan dengan orang sengaja tak puasa..oke..Ha lagi satu..selamat hari raya dan tak terkecuali selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-54 tahun..

Hari ni hari Sabtu..jadi cikgu - cikgi memasing ada projek yang tersendiri bersama geng2 sendiri..Tak terkecuali kamila geng2 anak dara yang hot lagi marvellous..(perasan sekali sekala)..haha..

Pagi2 kami pergi ke pasar berempat..aku, Seri, Yati dan Sue..Kami pun membeli belahla seberapa mana yang mampu kami jinjit..aku plan nak masak rendang daging rusa memandangkan daging rusa baki yang aku beli melalui cikgu lelaki di sekolah aku masih ada..plus nak buat kek batik..sebab biasalah..kalo posa..mcm2 tekak ni ngidam..kan kan..

Pas kami berborong-borongan...yati dan sue mengajak kami berbuka sekali..ha..cantek la tu..nanti kami boleh la pulangkan bekas tupperware yang kami simpan seketika kat umah kami ni..at least ada isi la kan..takkan nak bagi kosong jee..tak rock wooo orang Melayu cakap..ceh ceh...

Balik tu..Chef Rohiexa terus menyingsing lengan baju..memotong dan merebus daging rusa, menggoreng kerisik...dan lain2 lagi dengan bantuan asst Chef Seri..berejam2 juga la bertungkus lumus di dapur..heran kenapa kerisik aku ni tumbuk2 tak keluar minyak lagi..ahh...malas laa..blender jee..haha..

Dah habis menyediakan bahan2..aku pun apa lagi..campurla bahan2 kisar atas api n then letakkan daging n santan..terlebihla letak santan pula..jadi kuah putih plak..aku buang skit santan n kasi kering skit kuah dia..baru letak kerisik..hasilnya jadila rendang kami walaupun tak sehebat rendang time2 raya kat kampung..kuikui..rendang tu la kami bawa ke rumah yati dan su untuk berbuka puasa..

Kami datang jam 6..tolong2 skit..pastu letihla plak..lepak sat depan tv sambil keliting (pusing ke hulu ke hilir) ke dapur..haha..nak dekat buka tak masak lagi..harusla kann...ops tetiba ada peristiwa melucukan pulak berlaku..nasi tak jadi nasi tomato..lembik.maksudnya kene masak lain nasi dan automatik kene tunggu laa..jam dah pukul 6.46 ni...so berbuka dengan air dan kek lapis dan buah melaka je tajaan yati dan su..habis solat baru kami sambung makan nasi putih dengan lauk nasi tomato tanpa nasi tomato..hehe.

Habis berbuka tu kami landing jap depan tv..eh eh..ada citer best plak..pelakon veteran tapi lucu2 semuanya..terus tengok sampai dekat pukul 9 baru balik..

apa?? nak resipi rendang rusa?? bolehh...aku pon google..hahah..nah cek it out..gambar je..resipi lain kali ok...

ni kek batik milo...



Saturday, August 6, 2011

New Life @ SMK Song..Part2

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua..dah 7 Ramadhan dah..7 hari dalam bulan Ogos juga dah berlalu..maksudnya..aku dah berada di sini dah lebih kurang sebulan lebih dah..Masih dalam proses menyesuaikan diri..Standard la..Bukan senang nak menyesuaikan diri dengan persekitaran, budaya, makanan di tempat orang..OBERSEA lagi..hehe..okla..jom saksikan gambar yang sempat aku snap dengan kamera henpon cap ayam aku..hehe


Dekat sini susah nak kedai makanan muslim..ada pun dekat pekan ada 1..pastu kantin sekolah aku ni..tapi masakan dia xsesedap masakan aku..so aku selalunya masaklah sendiri..puas hati..kenyang pun kenyang..eheh..bahan2 beli kat pasar pon kene hati2.. takut ade Bab 1..hehe


Dah Besar Budak Ini..

Tengok..dah besar..dulu suka merengek2..nangis2..kacau je orang nak tido..hehe..sekarang dah boleh jalan, memanjat, manja dengan orang, jalan kedek2..Eyman, akak rindu kamu.. Huhu.. (Eyman ni anak angkat ibu aku)







Monday, July 18, 2011

Sedang Mencari...

Waduhh..sedang mencari printer ye kawan2..jangan pikir yang lain..hehe..penatla menunggu turn nak print kat office..tau la kami ni guru baru..memang kene pakai yang sekolah punya la untuk print bahan p&p..ada tu kene bawak kertas sendiri plak..hehe...nak printer..nak printer..kawan2 tolong suggest kan printer yang ok..ingat nak beli yang ada 3 in 1 tu..ade scanner, printer n potostat? ade ker? aku pon taktau..ini macam ker? agak2 berapa juta? hehe

Sunday, July 17, 2011

New Life @ SMK Song..

Do you know Song? No no no..Its not sing a song, but the place somewhere in Sarawak..(berterabur English aku..hehe)...Tau tak? ok.. ini intro nye..dapat dari en. wikipedia..kalau salah, salahkan dia..haha

Song ni dalam kawasan pekan Song la ya..Daerah nya daerah Kapit..Bandar yang berdekatan hanya 2 jam je..menaiki bot ekspres..ala bot macam kita naik g Langkawi tu..tapi kecik skit laa..Untuk pengetahuan semua..nampak je Song ni macam pekan kecik.pekan koboi gitu..tapi semua kemudahan lengkap kecuali takde bas keluar daerah ni je la..sebab tempat ni di kelilingi sungai..Jadi mau tak mau, terpaksa naik bot untuk ke bandar Sibu atau ke Kapit..Ni website diahttp://www.songdo.sarawak.gov.my/..canggih juga tempat ni.. Walaupun bukan kategori pedalaman, tapi dikira sebagai luar bandar la..tapi masih juga dikira okla..ade wireless (kuaters tempat aku duduk ni..tempat lain aku tatau..tapi ade Kg Wifi la rasanya sebab pernah tgk connection wireless tu ada..and lagi satu buleh 3G lagi..malangnya henpon aku takla secanggih korang so takleh ber3G bagai..ber1G pon takde..haha


Aku? Naik ni? Nehiiiii...Tidakkkk


Haaa...Ni baru betull..Hehe

Ok seterusnya mari berkenalan dengan tempat aku mengajar (aku assume korang tau aku first posting dapat sini) SMK Song..SMKS jugak..dulu praktikal SMKS (Selinsing)..Haha..Sebaik sahaja aku mengetahui tempat aku bakal mengajar ni..aku dapat lagi 2 orang collagues..sorang orang Sarawak (Miri), Anderias dan sorang lagi orang semenanjung (Akhdan)..jadinya, aku sorang je la perempuan..no geng2 at first..tergagau jugak la tanya orang JPN Sarawak (masa kami taklimat di Hotel Merdeka Palace, Kuching) macam mana tempat bakal kami datang ni..

Kat sini nak makan kene hati-hati..Ye la dah majoriti orang bukan Islam..kene la tanya cikgu2 kat sini mana satu yang kedai Muslim..takla susah kalo teringin nak makan luar nanti..Dekat pekan Song ni orang panggil pasar ade satu kedai makanan Melayu..Nama nya Kedai Rabu (Rabu je tau, Kamis Jumaat takde..hehe)..So, kalau selalu keluar pegi pasar beli barang untuk umah, akan singgah dulu makan sini..okla dari takde..hehe..Nasib baik kantin sekolah SMK Song ni orang Islam..so tak menjadi masalah nak melantak time2 takde kelas..haha..

Setakat ni dah dekat 3 minggu berada disini..kira ok la..masih dalam proses menyesuaikan diri..dengan student, cikgu cikgi dengan makanan dan budaya sini.. Insyaallah..doakan aku..Ok update seterusnya akan menyusul..Sini kene tido awal sebab esok bangun pukul 5 pagi..Subuh masuk awal..hehe..Jumpe lagi. K. Tata

Saturday, July 16, 2011

Kembali lagi

Alhamdulilah blog ni kembali kepada asalnya..berterabur habis widget2 aku n teksnya..dan terpaksa la aku meremove segala mak nenek dan moyang yang mengganggu kelancaran blog ini..haha..lepas ni takleh la tengok gambar aku berposing2 kat tepi side bar.menyemak je kan..terima kasih to tarmizi shukri yang aku terpaksa meminta advice nya memandangkan beliau adalah sifu bidang2 teknologi tinggi ni..haha..alhamdulilah..tak payah susah2 buat blog lain..malas woo start from zero to hero...haha...

Saturday, July 2, 2011

Malasnya....

Waduh2..malas nya nak update blog...malasnya....malas..malas...Ya Allah jangan la sindrom malas terus menghantui aku..malas nak buat itu ini..rugi woo..masa yang datang takkan berulang kembali..

Wednesday, June 22, 2011

Selamat Jalan The Store..Selamat Datang Sarawak...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..nampaknye memang bersawang giler la belog ni..sian kan..padahal tuan punya nya nak terbang ke Sarawak dah..alamat lagi bersawang la pasni..kan.takpela sementara ada masa ni..apa kata mai dengar cerita aku yang aku compilekan menjadi satu post..haha..dasar pemalas punya budak..kehkeh..

18hb Jun 2011
Last day aku di The Store W.D.T.E.H..haa ape? tak tau W.D.T.E.H tu ape? takpe pakcik google kan ade..kuikui... Last2 day macam biasa je..ye la aku kan dah melalui berbagai2 last day..so tak terasa sangat..tapi sayang jugak nak tinggalkan tempat aku yang dah lebih kurang 8 bulan aku duduk di warehouse ni..dah 3 orang supervisor aku lalui..perghh baru 8 bln dah 3 supervisor...kalau 2,3 tahun maybe dah 15orang..kekeke.. Insyaallah aku takkan lupa kenangan dengan Baharudin baru-baru ni dinaikan pangkat menjadi trainee asst.sup warehouse yang gemar menyakat aku walaupun aku tua dari dia, Somu Pillai yang gemar merepek (dia pon mengaku dia suka merepek) dan Ezmeer.. Tak lupa juga dekat Madam Lee Pik Yen yang akhirnya dapat aku bergambar dengan walaupun sebelum ni dia malas nak bergambar..tapi demi aku (cewah!) last day sebelum balik kami bergambar ramai2.. Kak Aini dan Kak Gobin (Eh! Kak Govin laa) Inventory yang banyak melayan dan menemani saya yang mawar kesorangan di kelilingi kumbang2 sebagai sepanjang berada di warehouse..(perghh).. Thanks atas hadiah2 korang yang amat bermakna bagi aku sebagai seorang cikgu amat seswai sangat...nanti aku tempekkan gambar hadiah2 ni tau..Kak govin pun bagi gak tau walaupun dia baru je kenal aku.hihi..sayang korang semua..Semoga korang baik2 sahaja di sana walaupun tanpa aku disisi cewahh...

Monday, May 9, 2011

Kenyataan Hidup di Sebalik Permainan

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya...... "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ...." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita.

Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA.... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM AMIIINN. ... Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, tolonglah forwardkan maklumat ini kepada sahabat2 Islam kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan..ALLAHU AKBAR

Friday, April 29, 2011

The Store Wisma Dato' Toh Eng Hoe

Assalamualaikumm.. Hai..wadekem..ni hao..Apa khabar semua...masih sihat?? Atau diserang sakit-sakit...Kalau sakit-sakit bawak-bawakla pergi jumpa doktor..Sekarang ni penyakit pelik-pelik..Okla..Lama rasanya tak berblog..Almaklumla..Bukan ada internet kat rumah pun..Kalau ada online pun menumpang ihsan orang jee..Haha..

Kali ni saya nak updet skit pasal kerjaya saya sekarang sementara menunggu posting sebagai guru ni..Sejak 26 Oktober 2010 (selepas praktikal) saya yang kebosanan di rumah telah diterima bekerja sebagai Warehouse Clerk di The Store W.D.T.E.H..Taiping..Sape tatau sila check peta yer...hehe..Semasa awal saya bekerja di situ..Hanya ada Mr. Chua Kean Aun (Supervisor Warehouse) dan Madam Lee Pik Yen (Supervisor Inventory Control), Lim Kah Wai dan Nandhini (Clerk IC)..Mase tu storeboy pun takde...

Tak lama kemudian, Nandhini pun berhenti, tinggallah Kah Wai seorang membantu Madam Lee..Oh lupa plak..Tak lama selepas saya masuk, Baharudin (Din) pun masuk kerja sebagai storeboy..membantu Mr. Chua..Jangan main2 tau..pekerja kesayangan ni...jeles saya..haha...Kebetulan pada masa tu hujung bulan 11 atau bln 12 mcm tu kan cuti sekolah...datang plak 2 orang budak sekolah nak keje storeboy sementara..iaitu Nazirul Fitri dan Azim..Dan pada masa tu pun ada store boy lagi sorang gak..kami panggil dia Abang Saiful..tapi skang xde dah...(bukan meninggal yer..) dah berhenti...haha...selepas musim cuti dah habis dan 2 ekor budak ni pun dah berhenti..masuklah plak Ong Woei Sin (Ong) dan Somu Pillai..Somu ni India tau.Ong plak Cina..dua ekor ni plak budak lepasan stpm..nak kejer sementara dapat universiti la kiranya..tapi skang tinggal Somu dan Din je sebab Ong still MC...eksiden..langgar van..ehh...van langgar die..patah tangan die..kesian..lepas tu terbaru sekali...Din dan Somu dapat adik baru lagi.Amir..Kawan tunang Erika..

Baca baca gak cerita...gambar kat bawah ni. gambar yang sempat di snap (curik2..hehe takut jenny nampak)...

Thursday, February 17, 2011

Oooooo Baru 1

Hai Assalamualaikum semua..nampaknya lama sudah saya tak menghupdatekan blog ini...baru 1 je post untuk tahun ini..agaknye kesibukan bekerja menyebabkan mood nak berblog agak kureng...main copy paste orait x?? mcm dedolu..

haha..haa?? ape?? keje katner??ooo..belum jd cikgu lagi..baru pergi interview & ujian insak 10 Februari yang lepas...keputusannya dijangka dalam bulan 4...diorg ckp...sementara tu, keje kerani je kat The Store..boleh la dari duduk umah membela badan kannn...kan...

Nanti bebila kite kongsi link2 yang best yer...boring plak duk bukak FB je..apa kata kita tambah pengetahuan skit...

Antara link yang hari2 saya bukak :

1. Forum cari.com.my 2. Kosmo 3. Harian Metro

dahhhh...dahh itu je...intenet mcm siput..mana leh bukak banyak2..hehehe...korang mcm ne..kalo ade link best2...bgtau le...leh kongsi kong si kong sini......sharing is caring maaa...

P/s : Rakyat Malaysia dikatakan kurang membaca kurang dari 3 buah buku..tapi mcm mana pula kalau membaca blog, website dan lain2 lagi..tak campur lagi ngan buku resipi, detective conan, wanita dll..hoho...banyak tuuu...