Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Sunday, March 1, 2009

Petua Kalu Tercekik Tulang…

Aku datang dari keluarga yg besar…16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!



Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup “gaya pulang ke pangkal jalan’”…maka adalah yg tak kena sana sini…oh.. Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound: “apahal duduk macam nak berlari ajer….”
“tak baik lutut tinggi pada makanan..”” ni duduk ke nak berak nie..?”



Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen…aku pun basuh tangan, ( Nota untuk mua’alaf : sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!! )



Sambung balik, aku pun berpikir…ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat
ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..



Biasa korang belajar doa makan macam nie:
“Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: “Bismillah, barkatillah”
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound: “Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? “ aku kata: “huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! “ Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5…oh..tepuk dada tanya iman..



Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh… Diorang tegur: “essh..pengotor betullah” Aku kata: “Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!”(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) “Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!”-tanya diorang pada aku..
“Makan ayam sedap sampai ke kaki….makan sate sedap sampai ke lidi he he heh”-kataku…



Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan… aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat…bla bla bla.. Aku kata: “salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!” aku menyambung: “Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. “



Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku… “Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer..”(kata abang aku)



Aku kata: “senang sajer…Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. “ Mak akupun buat..tapi masih tak jadi.. Aku kata: “lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus… !!!”
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..) Aku kata: “Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! “
HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!
he he he…selamat mencuba, ni bukan hadith.. just pengalaman.



P/S: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!
(supermanpun akan jadi mayat)

-CINTA-

Sekiranya kamu dapati dirimu
mencintai seseorang yang tidak membalas
cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada
salahnya mencintai seseorang kerana cinta tidak
memilih untuk singgah di hati sesiapa pun; Cuma
cinta itu tidak memilih untuk singgah di hatinya.



Sekiranya kamu dicintai oleh
seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia
satu penghormatan buat dirimu. Kembalikan
penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan
jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah
melukakan. Setiap hati dan perasaan mengalami
kepedihan dan kebahagiaan yang serupa
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.



Kerana cinta itu sendiri akan memilih
untuk singgah di hati sesiapa pun, kamu hanya
perlu menerima kehadiran cinta dengan segala
misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk
pintu hatimu. Nikmatilah ia sebagaimana ia
membuat hidupmu bahagia.



Cinta sentiasa dan selamanya akan
menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah
singgah di hatimu……

Kalau Terer Bace laaa…Kuat2 Tau…

“Mneurut kaijan ynag dijlankaan, mansuia aakn mebamca sseautu aayt dgenan mebmaca stau dmei stau prekaatan dan bakunnya stau dmei stau hruuf. Oelh itu, tdaik ksaih smaa ada adna mnegeja seusatu pekrtaaan itu bteul aatu tdiak.. oarng lian msiah bloeh mebmacnaya dnegan syraat.. kdeuudkan hruuf aawl dan ahkir prektaaan itu tdiak breubah!”

ADAKAH ANDA TAU???

Adakah anda tau?


1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..



2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.



3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.



4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.



5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.



6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..



7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.



9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.



10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.



11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan12345678987654321.



12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.



13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.



14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.



15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.



16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.



17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.



18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.



19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley’s gum.



20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.



21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.



22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.



23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.



24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.



25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.



26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)



27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah’flutterby’ .



28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.



29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.



30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ?



kekekeke!!! OK dah pegi buat keja…….

Why Hair Goes Gray

Study Blames a Chain Reaction That Makes Hair Bleach Itself From the Inside Out
By Miranda Hitti
WebMD Health News
Reviewed by Louise Chang, MD

Feb. 25, 2009 -- Scientists may have figured out why hair turns gray, and their finding may open the door to new anti-graying strategies.

New research shows that hair turns gray as a result of a chemical chain reaction that causes hair to bleach itself from the inside out.

The process starts when there is a dip in levels of an enzyme called catalase. That catalase shortfall means that the hydrogen peroxide that naturally occurs in hair can't be broken down. So hydrogen peroxide builds up in the hair, and because other enzymes that would repair hydrogen peroxide's damage are also in short supply, the hair goes gray.

Putting the brakes on that chemical chain reaction "could have great implications in the hair graying scenario in humans," write the researchers, who included Karin Schallreuter, a professor clinical and experimental dermatology at England's University of Bradford.

The study appears online in The FASEB Journal; the FASEB is the Federation of American Societies for Experimental Biology.


P/s : Moral of the story, saya tak tue lagi..heheh