Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Sunday, March 1, 2009

-CINTA-

Sekiranya kamu dapati dirimu
mencintai seseorang yang tidak membalas
cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada
salahnya mencintai seseorang kerana cinta tidak
memilih untuk singgah di hati sesiapa pun; Cuma
cinta itu tidak memilih untuk singgah di hatinya.



Sekiranya kamu dicintai oleh
seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia
satu penghormatan buat dirimu. Kembalikan
penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan
jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah
melukakan. Setiap hati dan perasaan mengalami
kepedihan dan kebahagiaan yang serupa
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.



Kerana cinta itu sendiri akan memilih
untuk singgah di hati sesiapa pun, kamu hanya
perlu menerima kehadiran cinta dengan segala
misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk
pintu hatimu. Nikmatilah ia sebagaimana ia
membuat hidupmu bahagia.



Cinta sentiasa dan selamanya akan
menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah
singgah di hatimu……

No comments: