Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Sunday, July 17, 2011

New Life @ SMK Song..

Do you know Song? No no no..Its not sing a song, but the place somewhere in Sarawak..(berterabur English aku..hehe)...Tau tak? ok.. ini intro nye..dapat dari en. wikipedia..kalau salah, salahkan dia..haha

Song ni dalam kawasan pekan Song la ya..Daerah nya daerah Kapit..Bandar yang berdekatan hanya 2 jam je..menaiki bot ekspres..ala bot macam kita naik g Langkawi tu..tapi kecik skit laa..Untuk pengetahuan semua..nampak je Song ni macam pekan kecik.pekan koboi gitu..tapi semua kemudahan lengkap kecuali takde bas keluar daerah ni je la..sebab tempat ni di kelilingi sungai..Jadi mau tak mau, terpaksa naik bot untuk ke bandar Sibu atau ke Kapit..Ni website diahttp://www.songdo.sarawak.gov.my/..canggih juga tempat ni.. Walaupun bukan kategori pedalaman, tapi dikira sebagai luar bandar la..tapi masih juga dikira okla..ade wireless (kuaters tempat aku duduk ni..tempat lain aku tatau..tapi ade Kg Wifi la rasanya sebab pernah tgk connection wireless tu ada..and lagi satu buleh 3G lagi..malangnya henpon aku takla secanggih korang so takleh ber3G bagai..ber1G pon takde..haha


Aku? Naik ni? Nehiiiii...Tidakkkk


Haaa...Ni baru betull..Hehe

Ok seterusnya mari berkenalan dengan tempat aku mengajar (aku assume korang tau aku first posting dapat sini) SMK Song..SMKS jugak..dulu praktikal SMKS (Selinsing)..Haha..Sebaik sahaja aku mengetahui tempat aku bakal mengajar ni..aku dapat lagi 2 orang collagues..sorang orang Sarawak (Miri), Anderias dan sorang lagi orang semenanjung (Akhdan)..jadinya, aku sorang je la perempuan..no geng2 at first..tergagau jugak la tanya orang JPN Sarawak (masa kami taklimat di Hotel Merdeka Palace, Kuching) macam mana tempat bakal kami datang ni..

Kat sini nak makan kene hati-hati..Ye la dah majoriti orang bukan Islam..kene la tanya cikgu2 kat sini mana satu yang kedai Muslim..takla susah kalo teringin nak makan luar nanti..Dekat pekan Song ni orang panggil pasar ade satu kedai makanan Melayu..Nama nya Kedai Rabu (Rabu je tau, Kamis Jumaat takde..hehe)..So, kalau selalu keluar pegi pasar beli barang untuk umah, akan singgah dulu makan sini..okla dari takde..hehe..Nasib baik kantin sekolah SMK Song ni orang Islam..so tak menjadi masalah nak melantak time2 takde kelas..haha..

Setakat ni dah dekat 3 minggu berada disini..kira ok la..masih dalam proses menyesuaikan diri..dengan student, cikgu cikgi dengan makanan dan budaya sini.. Insyaallah..doakan aku..Ok update seterusnya akan menyusul..Sini kene tido awal sebab esok bangun pukul 5 pagi..Subuh masuk awal..hehe..Jumpe lagi. K. Tata

Saturday, July 16, 2011

Kembali lagi

Alhamdulilah blog ni kembali kepada asalnya..berterabur habis widget2 aku n teksnya..dan terpaksa la aku meremove segala mak nenek dan moyang yang mengganggu kelancaran blog ini..haha..lepas ni takleh la tengok gambar aku berposing2 kat tepi side bar.menyemak je kan..terima kasih to tarmizi shukri yang aku terpaksa meminta advice nya memandangkan beliau adalah sifu bidang2 teknologi tinggi ni..haha..alhamdulilah..tak payah susah2 buat blog lain..malas woo start from zero to hero...haha...

Saturday, July 2, 2011

Malasnya....

Waduh2..malas nya nak update blog...malasnya....malas..malas...Ya Allah jangan la sindrom malas terus menghantui aku..malas nak buat itu ini..rugi woo..masa yang datang takkan berulang kembali..

Wednesday, June 22, 2011

Selamat Jalan The Store..Selamat Datang Sarawak...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..nampaknye memang bersawang giler la belog ni..sian kan..padahal tuan punya nya nak terbang ke Sarawak dah..alamat lagi bersawang la pasni..kan.takpela sementara ada masa ni..apa kata mai dengar cerita aku yang aku compilekan menjadi satu post..haha..dasar pemalas punya budak..kehkeh..

18hb Jun 2011
Last day aku di The Store W.D.T.E.H..haa ape? tak tau W.D.T.E.H tu ape? takpe pakcik google kan ade..kuikui... Last2 day macam biasa je..ye la aku kan dah melalui berbagai2 last day..so tak terasa sangat..tapi sayang jugak nak tinggalkan tempat aku yang dah lebih kurang 8 bulan aku duduk di warehouse ni..dah 3 orang supervisor aku lalui..perghh baru 8 bln dah 3 supervisor...kalau 2,3 tahun maybe dah 15orang..kekeke.. Insyaallah aku takkan lupa kenangan dengan Baharudin baru-baru ni dinaikan pangkat menjadi trainee asst.sup warehouse yang gemar menyakat aku walaupun aku tua dari dia, Somu Pillai yang gemar merepek (dia pon mengaku dia suka merepek) dan Ezmeer.. Tak lupa juga dekat Madam Lee Pik Yen yang akhirnya dapat aku bergambar dengan walaupun sebelum ni dia malas nak bergambar..tapi demi aku (cewah!) last day sebelum balik kami bergambar ramai2.. Kak Aini dan Kak Gobin (Eh! Kak Govin laa) Inventory yang banyak melayan dan menemani saya yang mawar kesorangan di kelilingi kumbang2 sebagai sepanjang berada di warehouse..(perghh).. Thanks atas hadiah2 korang yang amat bermakna bagi aku sebagai seorang cikgu amat seswai sangat...nanti aku tempekkan gambar hadiah2 ni tau..Kak govin pun bagi gak tau walaupun dia baru je kenal aku.hihi..sayang korang semua..Semoga korang baik2 sahaja di sana walaupun tanpa aku disisi cewahh...

Monday, May 9, 2011

Kenyataan Hidup di Sebalik Permainan

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya...... "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ...." "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita.

Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA.... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM AMIIINN. ... Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, tolonglah forwardkan maklumat ini kepada sahabat2 Islam kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan..ALLAHU AKBAR