Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Saturday, December 14, 2013

I am Sorry

Banyak gambar zaman kuno-kuno dalam blog ni hilang... hahahahampeh... salahkan photobucket, jangan salahkan saya..


Remove Remove Lai Lai...



Salam semua...

Lama dah dok cari benda alah ape la ni tak dapat nak delete. Cari kat layout html tak pula ketahuan (macam azmil cakap). Menyemak pula rasa letak gambar statik dekat penjuru kiri dan kanan blog. Betul tak? Cari punya cari dapat delete mapple leaves je. Gamba awek cun tak dapat. Godek punya godek, akhirnya... Tau tak dia menyorok kat mana? Haha... Add a Gadget.. Ni la akibat malas. yang menyebabkan skill nak berblog pun dah berkarat. Takpe..takpe, azam tahun baru nak lebih rajin lagi.. Eh, tapi kejap kejap..

Tadi dok remove gak link link blog yang dah lama tak berupdate, kalau nak tau blog yang banyak bersawang 1-3 tahun tak berupdate dimenangi oleh para blogger dari UPSI.. Hehe. Kebetulan kot.. Dah kerja, takde masa nak berblog kot. Tambah-tambah yang dah kawin dan beranak pinak.. Hehe...

Jom aktifkan blog semula!!



Tuesday, December 3, 2013

Malacca 2013

Alhamdulilah.. Tercapai juga hasrat nak bawa family bercuti walaupun dalam negara je.. hihi.. Cadangan asal nak ke Langkawi, tapi memandangkan banyak kekangan, tukar plan ke Melaka iaitu pada 28-30 November 2013. 
Ringkasnya, memang best berjalan di Melaka walaupun kami taktau jalan dan banyak kali ikut naluri / ikut papan tanda je (gps tarak bleh guna..haha) dapat juga menjelajah tempat popular di Melaka macam naik River Cruise, Zoo Melaka, Taman Buaya, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan, Muzium Samudera dan A Famosa Resort..