Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Wednesday, June 30, 2010

Tuesday, June 29, 2010

Menuju Selangkah ke Dunia Sebenar...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, dah dekat dua minggu saya mengharungi Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Selinsing (SMKS) ni. Alhamdulillah jugak la sebab saya berjaya meng'survive'kan diri walaupun saya berseorang saja ROS di sini. Selepas dua minggu ROS di sini, bermula Isnin ini 5 Julai, saya akan menyambung menjalani praktikal pula di SMKS ini.

Oh, lupa pulak nak highlight, esok saya akan mula mengajar. Walaupun praktikal bermula minggu hadapan, tetapi bagi setiap pelajar UPSI yang menjalani ROS, perlu mengajar sekurang-kurangnya satu waktu. Saya ambil kelas Ekonomi Asas Tingkatan 4VT1. So, Khamis esok ni, saya akan mengajar dua waktu memandangkan waktu EA kelas pada hari esok adalah 2 waktu.

Sepanjang hampir dua minggu ROS kat sini, saya banyak habiskan masa menaip report ROS. Sebabnya, report ROS ni kena hantar kepada penyelia saya sebaik sahaja tamat ROS. So, Saya pun pulun la hari2 menaip laporan ROS ini. Semua maklumat yang saya dapat untuk ROS ini adalah berbentuk hard copy, even pelan sekolah pun saya terpaksa lukis sendiri (pakai word je la), so takde pilihan lain kena la taip semula. Kepada pelajar UPSI lain yang akan ROS juga, jangan harap sangat dapat softcopy, berusaha untuk taip sendiri.

Dua minggu kat sini, saya tak sempat lagi menglibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, sebabnya, mingu lepas adalah Minggu Anti Dadah SMKS, so petang tu just ada pameran anti dadah oleh AADK untuk menggantikan aktiviti kokurikulum pada minggu tersebut. Minggu ini pula, memandangkan Rabu (hari ini) adalah Hari Koperasi Sekolah dan petang ini pula ada Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah, nampaknya aktiviti kokurikulum takde lagila nampaknya.

Okla, lain kali saya update lagi perkembangan saya di sekolah ini, keletah pelajar dan sebagainya. Jumpa lagi! Wassalam..