Belog Cikgu Rohiexa

Belog Cikgu Rohiexa
Kenangan Kita Umpama Buah Strawberi...

Monday, December 28, 2009

KHAR @ Kolej?

Sejak bila la KHAR jadi kolej haminuddin aminur rashid..kehkeh..Agaknya ramai yang tak menyedari kewujudan KHAR kot ataupun KHAR tidak begitu glamer di mata penduduk @ pekerja-pekerja sekitar Tanjung Malim.. Mungkin ada yang keliru dengan gelaran kolej kerana mungkin berpendapat kolej itu tempat belajar.. Mungkin semua orang tidak tahu KHAR adalah kolej kediaman yang didiami oleh pelajar-pelajar UPSI selain Kolej Ungku Omar (Taman Bahtera gak), Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Zaaba (Proton City). Maka, Lain kali kita kena terangkan lebih detailla kalu bercakap mengenai KHAR dengan kawan-kawan atau orang luar..ye tak.. Lagipun bukan silap mereka kan...

Saturday, December 26, 2009

Hari ini dalam Sejarah (Blog KHARians)

Hari ini pendaftaran pelajar lama bagi KHAR. Saya tidak bertugas pada hari ini tapi telah turun dengan rajinnya dengan niat asal untuk membantu..Asalnya menjada kaunter tuntutan sijil bagi program KSC bersama-sama Sham dan Aini, tetapi tidak mendapat sambutan. Barangkali esok ramai agaknya. Untuk mengisi masa terluang (sebenarnya xluang sangat pun), tapi xrajin nak buat kerja-kerja media untuk 3M (Minggu Mesra Mahasiswa), maka saya telah secara spontannya (Everybody spontan!!) Ehh... telah mencipta blog rasmi untuk KHAR diberi nama KHARians dan KHAR diletakkan mengandungi akronim Kolej Harun Asas Revolusi..

Sebenarnya akronim ini bukan saja-saja diletak tetapi mempunyai maksud yang mendalam.. Maksud yang bagaimana?? Haa.... Inilah yang kita nak tau.. Hehe... Diringkaskan, Asas Revolusi itu bermakna pencetus kepada sesuatu yang baru ya adik-adik.. Menjadi pengasas atau pemangkin kepada sesuatu yang baru.. Maka saya dengan secara spontannya (Everybody spontan!!)Ehh..ternyanyi lagi plak..sambung2..saya pun pilihlah template untuk blog ini.. Saya inginkan template yang cantik dan kemas dan mudah dihandle (xperlu html yang berbelit2, saya ni pemalas orangnya, actually bukan pemalas sebenarnya tapi xrajin..beza tu)..Sekejap je saya dah jumpa template yang kemas,yang cantik tu kita boleh mekap2 tambah2 gadget maka cantikla dia..kan kan..

Setelah itu, saya tambah gadget seperti yang saudara saudari dapat lihat di KHARians htp://kharians.blogspot.com maka siaplah pembikinan blog dalam masa tak sampai satu hari..oh lupa plak.. post yang sempat saya masukkan hanya la program biro saya saja. Yang lain belum sempat dimasukkan Jangan terasa yer wahai rakan2 JMK yang lain.. Next time saya akan masukkan jugak. Jangan risau

Saat ini blog ini sempat dilawati oleh beberapa JMK seperti Abu, Raudhah dan Priya sahaja sebab saya tak menwar2kan sangat pembikinan blog ni.. Yela..Blog ad-hoc kan.. Tapi saya percaya selepas ini,blog ini akan meriah dengan kehadiran rakan2 JMK, REXCO dan penghuni KHAR yang lainnya untuk mendapat maklumat, panduan dsbnya..

OKlah sekian sahaja nukilan saya pada kali ini, Selamat berjumpa kembali, Renung2kan dan selamat beramal... :)

Sunday, December 20, 2009

Quotes

"Dalam dunia ini tidak ramai pendengar,
Kalau semua orang bercakap, siapa lagi yang mahu mendengar?"

"If you judge people, you have no time to love them"

"Kita tidak boleh berubah menjadi orang lain, tetapi kita boleh berubah untuk menjadi lebih baik"

Friday, December 18, 2009

Mesti Pernah Dengar Lagu ni kan?

Lagu2 yang dalam kenangan bak kata orang OLD is GOLD..(JUARA LAGU 86-91)

JUARA LAGU 1986


JUARA LAGU 87


JUARA LAGU 88


JUARA LAGU 89


JUARA LAGU 90


DANNN INI YANG PALING BESTLAHH... JUARA LAGU 91



P/S: kalo nak tgk yang banyak lagi, bleh tgk kat youtube.

Kenapa aku jarang letak kisah hidup dalam blog aku??

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah (masih belum terlewat kan)dan Salam Satu Malaysia (sekadar mengikut)..

Mungkin pengunjung atau lebih tepat lagi teman2 yang terjumpa secara tak langsung blog saya yg tak seberapa ini mungkin menyedari bahawa blog ini amat jarang sekali saya titipkan dengan luahan rasa atau pendapat saya atau liku2 kehidupan saya selama ini..sebenarnya ada beberapa perkara yang menyebabkan saya seorang pemalas nak menaip benda2 begitu.. salah satunya saya tiada cerita menarik untuk saya ceritakan @ saya dah lupakan cerita menarik tersebut kerana tidak sempat (malas menaip sebenarnya), lagi pula saya tidak pandai berkarang2 atau menyusun ayat..sebab itu bila saya membuat ayat untuk poster, tinta, flyer (saya merupakan exco penerbitan & informasi KHAR, UPSI), saya sering merujuk rakan2 kursus BM di sini.. Agaknya karangan saya tersebut kalau diberi markah hanya perolehi C- atau kalau ok sedikit pun mungkin B+..haha

sebenarnya saya ada banyak yang nak saya ceritakan disini..sebab sebenarnya saya sebenarnya tidak suka berkongsi cerita dengan org lain melalui bicara (skil komunikasi saya amat teruk). sy juga sedar memori manusia entah boleh entah tidak, mungkin dapat menampung kenangan2 bertera2 byte yang boleh kita compresskan dalam bentuk bertulis@bertaip..sori sy mencampur adukkan perkataan (kan saya kata saya teruk menulis)agaknya saya perlu menulis dalam point form kot, mudah untuk disemak kalau bagi guru atau pensyarah..bagaimanalah saya nanti kalau diminta mengajar subjek BM..emm...

ok la setakat ini la saya membebel..saya selalu membebel dalam facebook..senang2 dtgla menziarah...ok..wassalamm

TAIPING menuju ke arah globalisasi...

“Hang kong skola, pi stomek gam ka?” kata Cikgu Sh*hriz*t kepada Tarz*n.

Keunikan orang taiping ialah bahasa lorat mereka.
Taiping yang terletak di sempadan daerah utara dan selatan menjadikan penduduk-penduduknya sendiri keliru sama ada mahu menggunakan lorat utara atau selatan di dalam perbualan seharian.
Oleh kerana kekeliruan yang mendalam, orang-orang taiping berkebolehan untuk bercakap kedua-dua lorat, utara dan selatan walaupun hanya berumur 7 tahun.
Tidak seperti orang utara, penduduk Taiping mampu bergaya dengan kosa kata selatan tanpa dapat dikesan sedikit pun keutaraannya, dan hasilnya timbul pertanyaan dikalangan teman-temannya seperti, ‘Eh, kau orang kl ke?’ dan begitu juga sebaliknya bila mereka bercakap utara, tiada siapa akan kesan lidah mereka dibasahi perbendaharaan kata asli dari selatan.
Keunikan orang taiping bukan sahaja diletakkan pada perbualan antara bandar, tetapi rakan-rakan, kekasih dan juga keluarga.
Apabila mereka bersama rakan-rakan dan keluarga, orang Taiping lebih selesa menggunakan lorat utara kerana bunyinya lebih garang dan berani. Sebaliknya bila bersama kekasih mereka lebih selesa menggunakan gaya selatan kerana nampak kewl, daring dan lebih KL (atau Damansara).

Oleh kerana penduduk Taiping yang majmuk, mereka sendiri tidak dapat mengecam bangsa rakan-rakan mereka sendiri. Ini tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh keselarasan dalam perkataan mencarut harian di Taiping pada awal pembentukan Malaysia yang pada mulanya perkataan-perkataan ini datang dari bahasa yang berbeza. Intigrasi yang unik ini mengukukuhkan fahaman anak-anak muda supaya tidak lagi tertipu dengan propoganda ahli politik yang licik dan sentiasa mencari jalan untuk memecah-belahkan perpaduan kaum dan kemudian menjual diri sebagai kunci penyelesaian. Apa yang lebih mengagumkan, seorang penjaja makanan rapu dan minuman ringan sepanjang jalan Stesen Taiping berbangsa India berkulit sawo gelap lebih selesa dikenali dengan pangilan Apek dimana panggilan ini pada kebiasaannya diajukan kepada warga emas berbangsa cina.

Berbalik pada kekeliruan penduduk Taiping, ada antara mereka sendiri yang cuba menyelesaikan teka silang kata ini dengan memperkenalkan perkataan-perkataan baru. Antaranya, stomek yang bermaksud hisap, kong yang bermaksud ponteng dan juga eliathamby yang bermaksud port pondan.

Namun begitu, wujud banyak isu lain yang boleh dikupas tentang keunikan orang Taiping sehingga teramatlah mustahil untuk sebuah artikel di blog yang naif ini menjelaskan kesemuanya. Oleh itu saya menyarankan orang-orang luar untuk turun sendiri ke Taiping dan menghirup sendiri udara segar yang juga merupakan produk khas dari tumbuhan semulajadi taman tasik lagenda iaitu Taman Tasik Taiping.



Lagu ini dirakam di sekitar bandar Taiping. Lihatlah, bertapa rocknya orang-orang taiping. Walaupun rock tetapi kami tak gigit orang.

p/s: Credit to firadaus (http://firadauskhazis.wordpress.com/)